Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Pembukaan Oktober begitu manis bila mana cerpen aku berjudul 'Suamiku Encik Blogger' tersiar dalam majalah Mingguan Wanita. Perkhabaran ini disampaikan oleh kawan sepejabat suami melalui whatsapp. Aku terima berita gembira ini pada 10 Oktober 2018 yang lalu. Sebaik sahaja membuka aplikasi whatsapp, aku terkedu.
Memang terkejut sangat-sangat. Berita gembira. Ini kiranya cerpen pertama yang tersiar di majalah. Dalam pada sedang bermalas-malasan untuk menulis, bila datang berita gembira sebegini mestilah gembira dan semangatnya lain macam.
Lukisan itu tersangatlah cantik. Aku suka.
Inilah cover majalah yang menyiarkan cerpen aku. Terima kasih pada editor majalah ini kerana sudi menyiarkan cerpen aku. Semoga aku dapat luaskan penulisan aku ini. Semoga aku dapat kekalkan momentum menulis ini.
Jangan malas-malas.
Assalamualaikum puan.... sy dh lama x berblogging tp blog puan mnjadi slh satu blog list sy. Tahniah atas kelahiran cerpen baru. Ni cerpen yg ke berapa ye?
ReplyDelete