Wednesday, September 12, 2018

Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah dan Perhimpunan Bulanan JKMN Melaka

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Inilah majlis jabatan yang berlangsung isnin lepas. Dua acara dalam satu majlis. Itu sebab persediannya perlu dilakukan secara teliti dan lebih terperinci. Aku menjadi urusetia untuk majlis itu. Urusetia rojak namanya. Urusetia tagging. Urusetia untuk orang terima sijil dan saat-saat akhir jdi pramusaji. Jadilah. Tak dapat jadi pramugari dapat jadi pramusaji pun bolehlah. Nasib tak jadi tudung saji. Tapi itulah, orang macam aku diletakkan bahagian pramusaji memang kau kejunglah.

Sudahlah sejenis perangai gabra. Nasib tak termasuk tudung dalam lauk-pauk. Imaginasi entah apa-apa aku ni. Biasalah. Aku ni memang jenis gabra. Kalau dah gabra boleh jadi macam-macam hal di luar jangkaan.

Sebelah pagi sewaktu menunggu kedatangan para tetamu.

Geng BKP yang menjadi urusetia.

Punya memegang konsep setia kami kebetulan sedondon bertudung coklat.

Selagi majlis tak mula marilah kita bergambar sampai lebam.

Majlis lafaz ikrar bebas rasuah sudah bermula.

Penyampaian sijil dari SPRM.

Ini pula selepas majlis lafaz ikrar. Majlis perhimpunan bermula selepas majlis lafaz ikrar bebas rasuah. Masa ni YB Ginie Lim Siew Lin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri sedang berucap.

Ini pula semasa penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan juga untuk yang bersara tahun ini.

Ini antara mak-mak dara yang mengurusetiakan diri. Hahaha.


Swafoto dengan Kazana. Mata aku sampai dah mengecik.

Ini sudah tiba waktu makan. Menunggu tetamu VVIP untuk makan.

Tengok ketua pramusaji entah apa yang diinterviewkan tu. Hahaha. Aku tahu dia meninjau makanan sebab masing-masing dah kelaparan.

Gambar terakhir kami hari itu. Dapat pun berswafoto dengan YB.

Itu sahaja catatan ringkas yang mungkin akan dijadikan sebagai kenangan. Aku pasti suatu hari nanti aku akan bukak balik cerita-cerita lama ini. Kenangan manis haruslah disimpan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..