Saturday, September 8, 2018

Bila Kerja Di Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Selamat berhujung minggu. Kita cuti selama empat hari. Seronoknya. Minggu lepas cuti tiga hari tapi tak berapa rasa cutinya sebab aku kena kerja. Oleh sebab isnin tu majlis jadi kenalah siapkan apa yang patut walau macam tak berapa nak berbaloi pun. Susah nak diungkapkan. Tapi janji aku datanglah kiranya menolong apa yang patut.

Kata seseorang, macam tak berbaloi saja apa yang kita buat.

Tak apalah. Nak buat macam mana. Tak buat salah, buat pun jadi salah juga. Hadap ajelah. Jadi sabtu itu saat-saat akhir diberitahu untuk datang pejabat. Malam itu aku dapat whatsapp minta hadir esoknya.

Kenalah bawa anak-anak sebab suami ada program pagi tu. Siap kerja dalam jam tiga petang. Teruslah balik rumah.

Esoknya pula kena kerja lagi. Ada raptai untuk majlis hari isnin dan persiapan tempat. Dalam jam 12 tengah hari aku sudah keluar rumah. Mujurlah suami aku cuti.

Inilah dewan untuk majlis isnin.

Tagging tempat.

Aku pun tunggu sampai jam 5.00 petang aje sebab ada hal. Singgah rumah mak kejap kemudian terus balik rumah. Kat rumah ada lagi kerja yang menunggu. Macam-macam kan nak dibuatnya. Itu sahaja entri ringkas petang ini. Sehingga berjumpa lagi.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


3 comments:

  1. agak busy jugak eh bila ada majlis ni sampai terkorban hari cuti kita tapi takpe lah berkorban asalkan majlis berjalan lancar nanti :)

    ReplyDelete
  2. senyum jugala kan tho kena keje weekend..

    ReplyDelete
  3. Biasalah kalau ada persiapan majlis, kena kerja lebih.
    Semoga majlis yang dirancang berjalan lancar.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..