Selamat malam.
Baiklah, ini entri akhir fasal raya. Sudah mahu tutup buku. Minggu depan dah raya haji. Marilah kita move on dengan cerita raya. Aku sendiri pun dah mual menulisnya. Hahaha. Pulun tulis blog kekdahnya lepas ni aku nak fokus pada cerpen dan mss aku yang tak pernah siap. Entah bila gamaknya nak siap.
Lepas ni kena pulun juga. Mungkin tahun ini tak ada pembakar semangat sangat. Macam tahun lepas cerpen aku kerap tersiar di media massa. Tahun ini memang slow. Kemudian aku sibuk menelaah novel dan melayan drama.
Ini pun kisah penghujung-penghujung raya. Minggu akhir Syawal. Waktu itu adalah beberapa jemputan yang diterima kemudian adik ipar aku pun buat open house. Open housenya dah tentu-tentu kat rumah mak mentua.
Jemputan open house daripada kawan sekolah.
Kemudian ke rumah kawan asben pula. Kawan Kastam masa kerja kat Melaka. Terpaksalah aku mereput mendengar dia orang membawang. Pakcik bawang in da house.
Kemudian terus ke rumah mak mentua. Makanan yang sudah terhidang.
Sebelah sini semua ipar duai. Wanita berbaju kurung ungu tu mak mentua aku.
Ada tetamu yang telah tiba.
Suasana pada malam itu.
Pandangan dari luar. Tak sangka ramai tetamu yang datang.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..