Selamat malam.
Lagu latar filem Pulang sudah aku ulang beberapa kali dalam satu hari. Tiap kali dengar lagu tersebut tiap kali itu juga aku terbayangkan si Othman dan Thom. Terkenang-kenang cerita mereka. Memang menghantui betul. Dalam banyak-banyak cerita ini paling susah nak move on. Memula dengar lagu latarnya pun dah bergenang air mata.
Over kan.
Masih terasa kagum dan juga terkilan dengan kisah mereka. Ini bukan kisah fiksyen. Kisah benar. Itu yang terbawa-bawa agaknya. Baiklah jom tengok lirik dan dengarkan lagu latar bagi filem Pulang yang cukup membuatkan sebak di dada.
LAYARLAH KEMBALI - Dayang Nurfaizah
Ada ruangan kosong, tak terisi
Di dalam kamar hati, sepi ini
Tiada penawar pengubat
Kedukaan ini
Hanya yang ku perlukan
Bersamamu semula
Kusandarkan pada
Sisa sisa cinta
Yang masih lagi berpautan tinggi kalbumu
Walaupun kau jauh
Di hujung semesta
Kiranya masih ada cinta
Layarlah kembali padaku
Kurela menunggu
Kembalilah
Kurela menunggu
Ada kepingan mimpi
Berserakan
Diluah dari lena
Ku yang resah
Bagai sebuah susun pasang
Gambar yang terkurang
Bagaimanakah mungkin
Hidupkukan sempurna
Kusandarkan pada
Sisa sisa cinta
Yang masih lagi berpautan tinggi kalbumu
Walaupun kau jauh
Di hujung semesta
Kiranya masih ada cinta
Layarlah kembali oooohhh
Akukan menanti
Setia ke akhir nyawa
Kusandarkan pada
Sisa sisa cinta
Yang masih lagi berpautan tinggi kalbumu
Walaupun kau jauh
Di hujung semesta
Kiranya masih ada cinta
Layarlah kembali padaku
Kurela menunggu
Kembalilah
Ku rela menunggu
Selamat menghayati lagu tersebut sambil membayangkan Othman dan Thom. Siapa yang belum menontonnya, pergilah. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..