Tuesday, August 28, 2018

Hujan Di Pagi Hari

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Alhamdulillah. Setakat ini aku masih mengekalkan momentum untuk menulis. Mohon jangan momentum ini hilang. Macam hari itu, hilangnya bukan kejap-kejap. Berbulan-bulan aku nak mencari segala macam aura nak kembali menulis. Menulis blog, menulis cerpen, menulis segala macam benda yang tertangguh. Bermacam-macam cara aku cuba buat tetapi gagal. Tidak juga datangnya.

Jadi aku biarkan. Sepanjang tempoh kehilangan, aku sibuk menelaah buku dan novel-novel sambil sesekali melayan drama. Asalkan masih berada dalam lingkungan benda yang aku gemar. 

Pagi tadi, hujan lebat membasahi bumi Melaka. Mujurlah sudah keluar rumah dan sudah separuh jalan nak sampai ke sekolah. Nasiblah masa turunkan anak-anak di sekolah hujan tak berapa nak lebat. Jadi mereka berdua bolehlah berlari-lari anak ke bawah bumbung.

Sebaik aku sampai di pejabat hujan semakin lebat. Nasib baik lagi aku dapat parking betul-betul dekat dengan tangga. Jadi kalau nak berlari pun tidaklah kuyup.

Bekal untuk anak-anak. Mee kering cintan goreng.

Ini pula bekal pagi aku.

Ini untuk makan tengah hari. Alhamdulillah. Dapatlah berjimat kalau bawa bekal ke pejabat. Harapnya momentum ini pun dapat dikekalkan. Janganlah hilang kerajinannya. Sesekali makan luar tak apalah kan.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..