Tuesday, July 31, 2018

Syawal Kedua

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Entri kedua untuk hari ini. Cubaan aku untuk menghabiskan cerita-cerita raya. Kemudian lepas ini aku nak fokus pada kerja penulisan. Banyak penulisan cerpen aku yang tertangguh. Memang susah nak mula bila kau dah berhenti menulis agak lama. Tahun ini aku macam slow. Lebih kepada membaca segala tok nenek novel. 

Iye, novel aku banyak yang tak berusik lagi. Sekarang tengah stop membeli buku sebab ada misi yang lebih penting. Banyaklah kau punya misi.

Baiklah, ini cerita hari raya kedua. Tak ada apa sangat tapi sekadar untuk dikenang. Raya kedua aku ke rumah kakak sepupu. Biasalah situ aje tempatnya. Menziarah mak long aku yang sudah uzur.

Aku berswafoto sendiri. Sesekali. 

Aku bersama cucunda yang comel Amanda Dareena. Mak aku panggil Wanda. Hahaha. Nama kopi moyang sebut.

Kalau berkumpul dengan anak-beranak kakak sepupu memang ramai. Ini pun ada yang tak masuk bergambar.

Mak-mak yang ada di dalam keluarga.

Kak long kawasan dua-dua ni. Sebab kami anak sulung kami boleh berkongsi cerita dan rasa.

Sebelah malam balik dari rumah kakak sepupu, tunggu anak-anaknya pula datang rumah. Aku masak simple aje. Sebab salah seorang anak buah aku nak balik Kelantan esoknya. Jadi tak boleh nak singgah. Aku buat makan-makan esoknya sebenarnya.

Melayan mereka yang sedang menjamu selera.

Kueh teow basah aje yang sempat aku buat.

Anak buah aku dan suaminya.

Sebelum pulang memang wajib bergambar beramai-ramai.

Bergambar lagi di luar rumah pula.

Akhir sekali. Bergegar pulak gambar ini tapi tak apalah kita upload untuk kenangan. Itu sahaja kisah untuk raya kedua. Bersambung raya ketiga pula.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sabtu Ke Johor Bahru

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Sabtu lepas, kami sekeluarga ke Johor Bahru. Tujuan utamanya nak bawa ayah dan mak. Ayah nak jumpa adiknya yang akan berangkat ke Tanah Suci 6 Ogos ini. Memandangkan hari tersebut hari bekerja, kami bercadang bawa ayah untuk menziarahi bibik dan mamang aku di Plentong. Jadi pagi sabtu, kami bertolak dari Melaka dalam jam 9.30 pagi.

Balik hari aje. Ayah mana nak menyinggah lama-lama. Janji aku dah bawa ayah lepaskan hajat dia nak jumpa adiknya.

Kami empat beranak, emak dan ayah. Itu sahaja yang pergi. Aku pun kena tengok masa free asben. Itu yang bertolak hari sabtu. Terpaksa juga aku tukar jadual dialisis ayah ke hari jumaat. Memang sejak ayah dialisis ni dia sudah jarang nak ikut kita orang berjalan ke mana-mana.

Kami berenam. Mak terselit belakang aku. 

Puas adjust gambar ini. Asben asyiklah suruh amik lagi dan lagi sebab nak cover perut. Hahaha.

Alang-alang ke Johor, bawa mak ayah singgah sini.

Kami pilih set dalam dulang. Sedap walau simple. Aku boleh telan nasi arab ini. Tak muak tapi aku tak makan kambing. Makan hayam aje.

Sampai rumah bibik aku dalam jam 2.30 petang macam tu. Kami berborak sampai jam 5.00 petang. Kemudian kami terus bertolak balik ke Melaka. Dalam jam 7.30 malam kita orang sampai Melaka. Alhamdulillah. Dapatlah bergambar sebelum balik. Buat kenangan orang kata. Semoga bibik dan mamang aku selamat pergi dan pulang serta mendapat haji yang mabrur. Amin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, July 30, 2018

Terima Kasih Atas Ucapan

Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Saja tulis entri ini. Sebenarnya aku dah lama draft entri ini sebaik sahaja aku kumpulkan segala mak nenek screenshot ucapan hari lahir aku bulan lepas. Jadi aku gigihkan juga menulis entri ini sebagai tanda terima kasih dan kenangan buat diri sendiri.

Rasa sayang pula bila dibiarkan sahaja.

Ini antara ucapan-ucapan yang aku sempat screenshot dan kira aku teruja dengan ucapan mereka. Sekali lagi terima kasih atas segalanya.

Ucapan daripada geng lari. Bukan geng lari rumah ya.

Anak buah aku yang ketiga. Aku suka panggil dia Miss Dib.

Anak buah aku yang kira paling bongsu dalam lima beradik. Aku panggil dia Raisha Rizrose.

Anak buah sulung yang sudah tua bangka. Dah jadi mak pun. Paling rapat dengan dialah. Cerita bibik dia semua dia tahu.

Kat mana-mana dia buat ucapan. Instagram, FB dan whatsapp.

Ini antara ucapan daripada kawan-kawan.



Ada lagi ucapan yang aku terima, tapi tak larat nak screenshot. Apa-apa pun ingatan dan ucapan ini akan menjadi kenangan buat aku. Ingatan ini akan dihargai dan disimpan dalam hati. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, July 25, 2018

Raya Di Rumah Mak Mentua

Assalamualaikum.

Bersambung lagi kisah satu Syawal untuk entri pagi ini. Sudah masuk part 3 kiranya. Ini baru raya pertama. Belum masuk cerita raya kedua. Jenuhlah aku nak menulisnya. Banyak pulak kisah raya tahun ini. Baiklah, sis cuba ya. Sudahlah berpinar mata nak memilih gambar-gambar yang ada. Kat henfon aku ada, kat henfon suami ada. Belum masuk kat DSLR.

Itu yang buat lambat. Kalau dah banyak-banyak gambar aku jadi pening. Itu yang bertangguh nak menulisnya.

Lepas dari rumah mak, kita orang ke rumah mak mentua. Untungnya berkahwin dengan orang senegeri. Beginilah. Pulang balik aje dari rumah sendiri ke rumah mak ke rumah mak mentua. Tak payah nak tempuh lebuh raya yang sesak. Nak packing baju bagai nak rak.

Sebelum sampai rumah mak mentua, suami akan ziarah pusara arwah ayah mentua. Kemudian barulah balik rumah maknya. Sebelah petang rumah mak mentua memang ramai kaum kerabatnya sebelah arwah ayah yang datang beraya. Memang setiap tahun beginilah.

Inilah sepupu-sepapat, anak buah sebelah arwah ayah mentua.

Memang penuh rumah mak mentua.

Tuan rumah semua di satu sudut lain.
🎩
Beginilah suasana malam itu.

Bila tetamu dah pulang, barulah kami dapat bergambar keluarga. Kira ini potret keluarga kami.

Oh ya, kurang seorang. Adik ipar yang bongsu tak balik raya sebab kena kerja. Sebab dah malam ada yang baju rayanya entah ke mana. Tak kisahlah kan. Janji ada kenangan bergambar bersama-sama. Itu yang lebih penting.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, July 24, 2018

Satu Syawal Di Rumah Mak

Assalamualaikum.

Bersambung kisah raya. Perlahan-lahanlah aku menulis. Ada berapa puluh hari punya cerita raya yang nak diceritakan di blog ini. Kena juga sebab akan datang aku suka baca balik kisah-kisah lama yang aku tulis kat blog ini. Boleh buat lepas rindu.

Yelah, akan datang kita tak tahu. Siapa yang ada, siapa yang tak ada. Kelak, blog ini juga kan dijadikan kenangan buat anak-anak kalau mak dia orang dah mati. Bolehlah tatap muka mak, boleh baca apa yang mak tulis.

Apa lagi yang tinggal selain kenangan kalau bukan tulisan dan gambar-gambar.

Pagi raya, lepas sahaja bergambar di rumah sendiri kita orang balik rumah mak. Balik rumah mak ayah aku dulu. Selalunya rumah mak tak ada apa pun. Mak ayah aku sejak tak sihat memang tak ke mana-mana pun.

Sebelum balik rumah mak, kita orang ziarah pusara atok dan nenek dulu. Mak ayah memang dah siap-siap keluar. Kita orang akan jumpa di tanah perkuburan saja. Selesai semuanya barulah balik rumah. Sesi biasa setiap kali raya mestilah acara bergambar sekeluarga.

Atok nenek dan cucu-cucunya seramai lima orang. Baru lima tapi gayanya macam lima puluh orang.

Sementara nak tunggu jurukamera menyusun atur kami berswafoto dulu.

Mama dan anak-anak dara.

Sorang cucu dah mengamuk maka berempat saja yang tinggal.

Keluarga kecil aku. Dua beradik beginilah.

Bila campur anak menantu dan cucu-cucu.

Sepupu-sepapat.

Akhir sekali, gambar yang aku mintak suami rakam. Dua orang cucu lelaki mak ayah aku. Sebelah atok namanya Muhammad Ammar Qayyum dan yang nenek pangku namanya Muaz Saifullah. Bolehlah Ammar buat kawan. Itulah serba sedikit catatan ringkas aku pagi raya di rumah mak. Entri susulan di rumah mak mentua pula.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, July 23, 2018

Sabtu Yang Sibuk

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Selamat bekerja. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Sabtu, jadual padat. Dari pagi bawa ke malam. Letih yang amat. Aku pula baru nak beransur baik. Biasalah, bila baik sikit mulalah nak mengaktifkan diri semula. Ikutkan nak aje bergolek-golek di rumah. Tapi apakan daya. Kuatkan diri juga.

Rabu lepas, aku cuti sakit. Keracunan makanan satu hal ditambah dengan HB Low. Bertambah-tambahlah outnya. Mujurlah masih diberi kekuatan untuk menjaga diri sendiri. Bila suami jauh ni, banyak kena belajar sendiri. Kena kuat nak hadap semuanya sendiri. Kena lawan kalau diri ini terlalu manja.

Awal pagi aku dan anak-anak sudah keluar untuk berjogging. Asben tak ikut sebab dia jumpa kawan.

Aku up gambar ni kat FB. Ada orang komen keladak airnya. Aku amik masa tengah silau jadi memang tak perasan airnya keladak. Hahaha.

Tengah harinya ke undangan perkahwinan. Bos asben kat Batu Pahat kahwinkan anaknya.

 Kemudian lepas makan, melayankan anak-anak yang nak bergambar.

 Ada laki aku suruh aku bergambar sekali. Tak kuasalah aku.

Inilah hasilnya.

Sebelum balik sempat suruh laki aku amik gambar.

Kami sempat berswafoto empat beranak. Laki aku kalau duduk paling depan dia saja nak show off lesung pipit dia. Kemudian lepas dari orang kahwin, kami pulang ke rumah mak mentua. Dalam jam 6.30 petang barulah kita orang balik ke rumah.

Begitulah kisah hari sabtu yang penuh dengan bermacam aktiviti. Sabtu memang hari bersama keluarga jadi begitulah kisahnya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, July 22, 2018

Malam Yang Sedih - Al Fatihah

Asslamualaikum.

Selamat malam.

Entahlah. Malam ini hati terasa sebak. Emosi bercelaru. Aku memang tak suka bila dirundung perasaan sebegini. Dua kisah sedih menganggu aku malam ini. Kisah kematian dan kisah kehidupan. Tadi aku dikejutkan dengan kepulangan bekas pengarah JKM ke negeri abadi. Seorang pengarah yang paling baik hati, rendah diri dan sentiasa tersenyum.

Memang terkejut.

Sudah sampai masanya. Aku adalah kenangan dengan Allahyarham. Waktu itu aku nak mohon bertukar. Dia kata awak duduklah kat JKM ini dulu. Sudahnya arwah tak luluskan pun permohonan aku tu. Masa aku dapat berita ini, aku khabarkan pada grup whatsapp sahabat-sahabat lama. Memang semua sedih dan terkejut dengan berita ini.

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Betul orang kata, selalunya orang yang baik-baik ni cepat perginya. Sedih.

Kisah kedua pula, sebuah kisah kehidupan. Seseorang sedang berjuang untuk meneruskan hidupnya bila disuakan permintaan yang tidak masuk dek akal. Adakalanya manusia selalu bertindak mengikut perasaan sendiri. Adakalanya batas kesabaran seseorang sudah sampai limitnya. Bila sudah sampai limitnya, semuanya bakal berakhir.

Allahuakbar.

Aku doakan semoga urusannya dipermudahkan. Andai boleh dilembutkan hati, kau lembutkanlah hatinya, Ya Allah.

Aku hanya mampu mengirimkan doa buatnya. Semoga pengakhirannya baik-baik sahaja. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Adakalanya, perkara yang kita tidak inginkan itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim