Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Hari ini hari terakhir aku cuti kuarantin. Esok dah mula kerja. Hari ini hari akhir Adriana cuti sakit. Alhamdulillah. Chicken pox dia pun dah kering. Sebelas hari aku dengan Adriana di rumah. Sejak cuti wesak day aku cuti bersambung lagi cuti kuarantin dia.
Sungguh berehat dan bersantai. Hilang kejap stres di pejabat. Semalam, hari pemeriksaan berkala mak. Mujurlah kena hari aku cuti. Memandangkan Adriana baru nak sihat aku tinggalkan kejap dia dekat rumah mak dengan ayah.
Aku aje yang bawa mak ke klinik. Setengah hari jugak aku bergentayangan kat klinik. Ke hulu ke hilir. Mak cek darah, cek mata. Begitulah rutin tiga bulan kalau keputusannya semua baik. Tapi semalam gulanya tak cantik. Puasa tapi bacaan gula 10.
Lepak bilik operator kakak sepupu aku yang kerja di poliklinik. Sementara tunggu mak nak dipanggil masuk bilik doktor. Aku memang ikut masuk sekali.
Sebelum tu, amikkan ubat ayah. Laju benar pegawai farmasi tu cakap bagi penerangan ubat yang dibekalkan. Laju jugak otak aku nak kena hadamkan apa yang dia cakap. Ubat kolestrol sebelum makan. Ubat kolestrol selepas makan. Ubat kalsium makan dengan nasi. Ubat kolestrol sebelah malam. Eh, banyaknya. Tu je yang aku ingat dan dapat tangkap.
Sempat berswafoto dengan kakak sepupu aku.
Itulah kejadian semalam. Balik klinik bawa mak ke Tesco jap sebab nak beli barang. Kemudian aku singgah tailor amik baju. Hantar mak balik. Aku sampai rumah dalam jam 2.30 petang. Terbongkang kejap sebab kepanasan. Menduga betul semalam. Itu sahaja.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..