Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Salam Jumaat. Salam 23 Ramadhan. Lebih kurang tujuh hari lagi kita akan bertemu dengan Syawal. Sudahkah khatam Quran ke belum. Aku masih lagi dalam proses. Mudah-mudahan dapatlah aku khatamkan Quran sebelum Ramadhan berakhir.
Ramadhan kali ini itulah yang aku target. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan urusan aku. Sebut soal memaafkan itu lebih indah. Mudah-mudahan kita boleh menjadi seperti itu.
Sahabat.
Memaafkan seseorang atas perbuatannya yang melukakan hati kita bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ada masa kita geram. Kalau mengikut akal yang kurang waras, mahu sahaja dibalas kembali perbuatannya itu.
Semoga kita dijauhkan perangai sebegitu. Ada manusia, dia tidak sedar pun akan kesilapannya pada kita. Begitu juga kita. Adakalanya Allah uji kita dengan didatangkan orang-orang sebegitu. Ada hikmah sebenarnya. Allah nak kita belajar sesuatu.
Diharap kita tidak diselubungi dengan kebencian dan dendam dalam diri. Cubalah maafkan orang yang pernah sakitkan hati kita. Maafkan orang yang pernah lukakan hati kita.
Maafkanlah.
Sama-samalah kita mencuba. Andai ada antara sahabat yang sedang berperang dengan perasaan sebegini, aku doakan kalian dapat keluar daripada masalah ini. Begitu juga dengan aku. Semoga ada pelangi yang akan hadir dan memberi kita sebuah senyuman.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..