Selamat malam.
Kisah 14 Ramadhan dilalui dengan dugaan. Dak Kakak kena chicken pox. Jadi hari itu aku sudah mula cuti kuarantin. Semalaman melayankan Dak Kakak yang merengek sebab tak boleh tidur. Satu badan gatal. Aku menggosok-gosoklah badan dia. Sapu ubat pun macam tak jalan aje.
Aku baring sebelah dia sambil gosok badan dia suruh tidur. Aku yang banyak kali terlelap sebenanrnya. Jadi hari itu hantar adik sekolah macam biasa. Kemudian balik buat kerja apa yang patut. Tengah hari keluar jemput Dak Adik kat sekolah. Sebab mama tak kerja dia suruh mama yang jemput.
Seronok pula rasanya jadi suri rumah. Kalau tak mengenang hutang memang aku usulkan kat suami nak jadi suri rumah sepenuh masa ajelah. Hahaha.
Ini sahaja entri ringkas untuk malam ini. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Mudah2an dak kakak dah sembuh.
ReplyDeleteJangan menjangkit kat dak mak pulak.