Salam sejahtera.
Selamat hari isnin. Pejam celik, sudah tiga minggu anak-anak kembali ke sekolah. Tiga minggu jugalah saya kembali memikul tanggungjawab menguruskan anak-anak setiap hari. Dari pagi hingga ke malam. Semoga saya diberikan kesihatan yang baik untuk saya menguruskan rumah tangga sebaik mungkin.
Sudah beberapa hari, cuaca di selatan tanah air teramatlah sejuk. Saya memang tak tahan sejuk. Nasiblah rumah ada water heater. Kalau tidak jenuh jugak nak masak air panas.
Anak sulung pun macam saya. Tak tahan sejuk. Ada yang dia termenung nak masuk bilik air pula. Urusan pagi ini alhamdulillah selesai dengan lancar.
Keluar rumah jam 6.50 pagi dan terus ke taska untuk hantar beg baju dan beg sekolah agama. Kemudian terus saya pecut ke sekolah pula. Tiba di perkarangan sekolah dalam jam 7.10 pagi. Pagi ini mereka ada perhimpunan sekolah.
Jadi kami terus makan tengah hari di sana. Kalau nak keluar, saya memang tak masak. Sejenis perangai kalau sudah buat kerja rumah memang malas nak keluar rumah.
Harap dipermudahkan urusan kami anak-beranak. Nanti bersambung lagi di lain entri. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
iya, cuaca sejuk sekarang ni.. jaga kesihatan semuanya ya..
ReplyDeletesetiap pagi bangun tengok bunga dekat koridor rumah sekarang, perasan macam dekat Cameron. hihihi