Hai semua.
Selamat tengahari. Sudah makan? Saya setakat ini masih berpuasa. InsyaAllah. Lagi dua hari mahu menghabiskan hari kerja untuk tahun ini. Apa yang lebih penting, lagi 5 hari sahaja lagi sekolah akan mula dibuka. Kembali ke sekolah. Kembali berposak. 'Berposak' cakap orang Melaka katanya. Entahlah saya memang orang Melaka.
Bulan Disember ini perjalan rutin harian agak santai sedikit. Anak-anak saya sudah duduk di taska mereka. Memang dekat sangat dari rumah dan sejalan saya nak ke kerja. Itu sebab bulan Disember saya boleh masuk kerja WP1. Masuk kerja jam 7.30 pagi dan balik jam 4.30 petang. Kemudian terus jemput anak-anak di taska. Taska ini yang akan uruskan mereka nanti bila sekolah dibuka. Jemput anak-anak di sekolah pagi dan hantar ke sekolah petang pula.
Saya sudah boleh melepaskan lelah sedikit sebabnya saya tidak perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan berpatah bali untuk ke kerja. Harapnya selepas ini kehidupan kami lebih terurus. Bukanlah selama ini tidak terurus tapi lebih kepada terkejar-kejar.
Kemudian anak-anak sekolah di SJKC pula itu. Jadi di situ memang mencabar sedikit. Demi keselesaan saya dan anak-anak, saya pindahkan mereka sekolah. Emosi mereka perlu dijaga, emosi saya juga perlu dijaga.
Gambar pagi tadi sewaktu sampai di tempat parkir. Sebab masuk WP1, tak perlulah saya berperang mencari parking.
Tadi saya keluar sekejap ke sekolah agama untuk membayar yuran dan mengambil buku teks untuk anakanda berdua. 5 hari yang berbaki ini, bolehlah siapkan apa yang patut supaya tidak huru-hara nanti. Itu sahaja coretan untuk hari ini. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Semoga dipermudahkan urusan sehari2an.
ReplyDelete