Thursday, June 1, 2017

Ketuk-Ketuk Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Entri kedua muncul untuk hari ini. Kali ini nak berkongsi tentang menu Ramadhan yang aku masak. Alhamdulillah, setakat lima hari berpuasa, aku masih mengekalkan momentum memasak dan belum menjengah pun ke param. Tak tahulah momentum itu dapat dikekalkan sampai bila. Minggu ini aku cuti kuarantin jadi memang bergentayangan di rumah aje. Suami pun ada. Jadi semangat itu datang secara berkobar-kobar.

Minggu depan sudah kembali pada kehidupan normal. Pagi ke kerja. Balik kerja fikirlah nak masak menu yang paling ringkas. Kalau tidak, marilah anak-anak. Kita tapau aje atau makanlah di kedai. Bulan puasa aku balik 4.30 petang tapi bila dah pusing dari pejabat ke rumah mak jemput anak-anak, pusing balik nak ke rumah. Entah jam berapa sampainya. Jam berapa pula aku nak masaknya. Dah masak nak berkemas.

Oh, hectic sungguh!

Jadi untuk tidak membebankan diri sendiri, kita buat setakat mana yang termampu. Baiklah, mari tengok menu Ramadhan aku. Masak menu yang ringkas saja. Cukuplah untuk kami empat beranak berbuka dan membawa ke sahur.

Menu 1 Ramadhan. Sambal sardin, sup ayam, sayur kacang dan cucur ikan bilis.

Sup ayam ni khas untuk si anak dara yang tak makan pedas.

Hari kedua Ramadhan. Aku masak asam pedas daging, sayur campur, telur masin dan sambal belacan.

Aku buat bubur jagung. Teringin benar.

Menu untuk 3 Ramadhan. Memandangkan suami balik ke tempat kerjanya sehari, jadi aku masak simple aje. Keow teow goreng.

Kemudian goreng sayur.

Menu untuk 4 Ramadhan. Spageti Carbonara kesukaan si anak dara.

Daging masak merah.

Sayur sawi goreng.

Menu untuk 5 Ramadhan. Permintaan si anak bujang mahukan nasi lemak. Ikutkan saja permintaannya. Bertambah-tambah dia makan. Kemudian masak spageti goreng tom yam, roti telur dan sambal ikan bilis.

 Spageti goreng tom yam.

Roti telur.

Bahan-bahan untuk dimakan bersama nasi lemak.

Sambal ikan bilis.

Begitulah setakat ini diari Ramadhan aku yang berlangsung selama lima hari. Puas hati sebenarnya bila masak sendiri. Jimat. Cuma bila datang penyakit 'M' memang tidak dapat nak tolonglah kan. Petang ini cadangnya mahu berbuka di rumah mak mertua. Esok pula rasanya tak masak sebab aku nak mohon cuti dengan suami. Biasalah birthday girl kan. Haha. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..