Monday, May 8, 2017

Sabtu Date

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Sabtu lepas, memang agak kalut sikit memandangkan si Adriana tak sihat. Doktor suruh datang lagi kalau sebelah malamnya dia demam. Aku memang cuak jugak. Dalam hati berdoa janganlah panas. Tapi panas. Aku bangun jam 4.00 pagi dan rasa badannya. Panas yang teramat. Cek suhunya 40. Cuak. Sudah lama tak hadap situasi begini sejak anak-anak besar.

Aku bangun dan bagi Adriana ubat. Kesian tengok dia. Melepek. Aku cukup risau kalau dia yang demam. Sebabnya perangai dia susah nak makan ubat. Memang aku tak henti-hent- mengugut dia. Hahaha. Dulu masa dia kecik, aku baringkan dia, kaki aku memang bersilang dengan badan dia dan ngangakan mulut dia. Selalunya memang dia sembur balik ubat tu.

Cabaran sungguh dengan dia sorang ni. Nak marah sangat tak boleh sebab menurun perangai mak dia. Hehehe. Jadi nak tak nak kena jugak hadap perangai dia macam tu. Bertabahlah maknya.

Pagi sudah ke Poliklinik Peringgit.

Adriana ajak aku teman dia masa amik darah. Macam mak kau jenis berani gamaknya.

Alhamdulillah, bukan denggi. Cuma jangkitan kuman dan tonsilnya bengkak. Itu sebab demamnya berulang.

Bawak pergi sarapan selepas habis urusan di klinik. Lemah aje.

Santapan untuk empat beranak.

Papa dan Adriana. Dia tengah tak ada mood, papa ajak bergambar.

Adik yang sentiasa berselera nak makan.

Kemudian ke rumah pak cik aku yang kawinkan anak dia.

Suasana semasa majlis. Angkut juga Adriana.

Sebelum pulang, bergambar dengan dua kakak ni. Sepupu sepapat kiranya. Lepas dari orang kawin terus saja balik. Adriana pun tak sihat. Macam itulah sabtu date kami empat beranak. Tak berapa nak date lah kan. Alhamdulillah. Nasib semuanya tidak ada apa.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..