Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.
Hai semua.
Selamat petang. Hari ini aku tidak ke mana-mana waktu rehat. Sekadar mencari ketenangan di pejabat dan melakukan aktiviti sendiri sekadar mengisi waktu rehat aku. Malas mahu ke mana-mana. Lelapkan mata sebarang dua. Kemudian menulis. Layan drama-drama dan layan apa lagi yang boleh dilayan.
Malam tadi ingatkan mahu menyambung menulis, tapi bila laki pulang mood pun hilang. Hahaha. Hari ini anak-anak tidak bersekolah. Cuti sempena Good Friday. Asben aku memang hari cuti dia. Jadinya, anak-anak bolehlah duduk dengan papa dia orang aje. Sesekali, biarlah papa rasa jaga anak-anak di rumah pulak. Aku pergi kerja dengan bersantai habis hari ini. Siapkan diri sendiri aje.
Nikmat.
Sesekali tukar rutin bolehlah. Tidaklah bosan menghadap rutin yang sama setiap hari.
Aku keluar rumah jam 7.30 pagi. Selalunya keluar rumah mentari belum menampakkan dirinya. Hari ini barulah merasa bahang mentari pagi.
Sang suami kirimkan gambar ini menerusi aplikasi whatsapp. Pagi tadi, sang suami bawa anak-anak beriadah di Hutan Rekreasi. Seronoklah. Sudah beberapa hari anak-anak berzikir kat telinga aku. Seronoklah tu papa sudah tunaikan permintaan.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Bestkan Fyda bila sesekali boleh rileks2 santai bawak diri sendiri je ke tpt kerja...tak perlu terkejar2 nak hantar anak pegi nursery / sekolah hihi....
ReplyDeleteAnak2 pun seronok tu main basikal :)