Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.
Bismillah.
Hai semua.
Sesungguhnya aku rindu untuk menulis di sini. Aku rindu untuk menulis. Rindu yang amat sangat. Tujuh hari tidak menulis terasa seperti kehilangan. Terasa hidup ini tidak lengkap. Menulis sudah menjadi seperti terapi dalam diri. Tapi memang bila duduk saja depan komputer, fikiran kosong. Tidak tahu apa yang mahu ditulis.
Writers block.
Bila situasi begitu terjadi, makanya tutup sahaja kembali komputer. Bersantai-santai sajalah kerjanya. Hujung minggu lepas, aku sibuk siapkan order cheesetart. Jadi memang tidak dapat nak melanguk depan komputer.
Pembuka bulan baru, didatangkan sakit. HB low. Sekali lagi cumanya tidaklah seteruk tahun lepas yang aku melepek selama seminggu. Masa itu lagi teruk. Memang pening aje. Mana tidaknya, bacaan hb aku adalah 7. Memang teruk sangat aku waktu itu. Dah rupa kak limah pun ada. Hadoilah.
Hari ini aku berjemaah dengan anak dara aku ke klinik. Dia silap makan, muntah dan pening kepala sebab dua hari kena hujan waktu ke sekolah agama. Aku pula memang sejak isnin dah terasa semacam. Simptomnya memang sudah ada. Jadi aku cepatlah telan ubat tambah darah.
Bila makan ubat tambah darah pening kepala juga sebab ubat baru nak serasi dalam badan. Ditambah pula dengan penyakit bulanan orang perempuan, lagi bertambah lemah. Jadi hari ini seharian melepek dan menghabiskan masa dengan tidur. Televisyen terpasang tapi tidaklah aku tengoknya. Banyak lelap daripada tengok. Hehe.
Itu sahajalah coretan ringkas untuk malam ini. Doakan aku kembali sembuh dan dapat melaksanakan tugas hakiki dan rutin harian seperti biasa. Sesungguhnya, sakit itu penghapus dosa. Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Aamin.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Mudahan...dgn sedikit ujian ksihatan ni...di gugurkan dosa2 kecil kita
ReplyDelete