Friday, March 31, 2017

Entri Penutup Mac

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Sudah beberapa hari jugak tidak menulis di sini. Biasalah alasan klise adalah sibuk. Sibuk ke sini, sibuk ke sana. Urusan sana, urusan sini. Selagi belum tutup mata begitulah kan. Semoga urusan kita dipermudahkan.

Aku sedang menanti sesuatu. Tidak sabar sebenarnya. Tapi belum boleh dikongsikan di sini dulu. Tunggu bila sudah sedia semuanya akan aku umumkan. Perasaan aku lebih kepada teruja. Maklumlah untuk orang yang pertama kali mesti perasaan sebegitu meresap dalam diri.

Urusan khamis lepas, alhamdulillah sudah selesai. Lepas ini hadap membayarlah. Pejam celik sudah seminggulah menggunakannya.

Anak-anak setakat hari ini masih dibekalkan makan dari rumah. Adalah bila datang waktu-waktu darurat, tersasar juga.

Semalam buat pemeriksaan. Memang dah set dalam fikiran nak hadap semalam je tapi kena datang semula atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. Semalaman tak lelap tidur boleh pula jadi macam ni. Sebelum ke klinik dah berapa kali keluar masuk tandas. Teruk sangat perangai.

Semalam lunch dengan Adda. Aku kenal Adda ni melalui suami. Suami dia dan suami aku kerja Kastam. Lama tak jumpa dia. Dengan dia sekali semalam terjebak buat pemeriksaan selain Kak Nisah, kawan aku.

Semalam sang suami pulang. Haruslah tak lekat di rumah.

Menunaikan janji anak-anak malam tadi. Sukalah kan dapat makan. Aku makan sikit-sikit je memandangkan aku kawal makan sekarang. Apa lagi? Itu ajelah ceritanya. Nanti bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena, 
Fyda Adim


Sunday, March 26, 2017

Kenduri Kahwin Di SMK Malim

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat beristirehat. Esok sudah mula bersekolah. Ini bermakna mulalah rutin hakiki sebagai mak supir dan hari huru-hara. Bangun awal pagi, siap-siap bekalan anak-anak, hantar sekolah dan berkejaran ke pejabat pula. Lagi rare, hadap jammed. Itu perkara yang biasalah bila hari sekolah. Semuanya mahu cepat. Terkejar sana, terkejar sini.

Semalam, masih ada lagi kenduri kahwin. Hujung minggu dan cuti sekolah. Cuti sekolah akan datang kita sudah menyambut Ramadan. Jadi awal pagi kami sudah bersiap-siap. Mana nak hantar mak mertua aku balik sebab dia tidur di rumah kami satu malam. Kemudian nak ke kenduri kahwin, Dari kenduri bergegas ke rumah mak sebab adik aku buat birthday anak dia.

Walaupun bukan hari sekolah, hujung minggu pun ada masa-masanya kelam-kabut jugak. Penuh program satu hari. keluar pagi, baliknya adakalanya tengahmalam. Sibuk dan padatnya jadual harian.

Swafoto bersama insan-insan tersayang dalam hidup aku.

Sampai tempat kenduri, terserempak dengan anak buah aku.

Bila ramai-ramai haruslah bergambar.

Family aku dan family kakak sepupu aku. Tak cukup korum pun.

Abang kakak dan adik-adik. Berperangai si Ammar tu kalau bergambar.

 Pengantin sedang bergambar bersama keluarga.

Suasana majlis semalam.

Sebelum pulang, bergambarlah kami berlatarbelakangkan pelamin. Petangnya mahu ke rumah mak pula. Sebelah petang jumpa di Peringgit pula meraikan ulangtahun kelahiran anak adik aku. Entrinya akan menyusul nanti. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Friday, March 24, 2017

Urusan Semalam

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Salam jumaat. Pagi tadi dikejutkan dengan berita pemergian suami kepada penyanyi Nora iaitu Johan Nawawi. Terkedu seketika. Sakitnya tidak pula didengar. Rupanya beliau meninggal kerana sakit jantung. Betapa sakitnya kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba. Allahuakbar. Kalau kita ditempatnya, entahkan kuat atau pun tidak diri ini.

Sebak. Serius air mata sudah mula bertakung di tubir mata saat aku menulis entri ini. Sedih sudah pasti. Mati pun pasti. Giliran kita entah bila pula akan menyusul. Semoga perginya kita dalam keadaan bersedia dan cukup dengan amal ibadah.

Baiklah, lupakan seketika. Doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin. Berbalik kepada tajuk entri. Semalam aku dan suami ada urusan di luar negeri Melaka. Selagi bernafas, urusan dunia memang ada saja yang mahu dilakukan. Semoga sentiasa beringat agar tidak alpa dan terlupa bahawa semua ini datang daripada-Nya.

Semalam, selepas hantar Adriana tuisyen, aku dan suami serta Ammar meneruskan perjalanan ke destinasi. Memang semalam cuti untuk menguruskan urusan itu. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan semalam setelah dua minggu berposak bermain dengan perasaan sendiri.

Setelah selesai semua urusan, barulah singgah makan. Lapar yang amat. Baru selera nak makan lepas selesai semuanya.

Ammar order ABC.

Cendol untuk aku.

Begitulah kisah aku sekeluarga semalam. Alhamdulillah, urusan semalam dipermudahkan. Memang tak dijangka dapat selesaikan semuanya semalam. Rezeki yang datang semuanya daripada Allah Taala. Semoga kehidupan aku sekeluarga sentiasa diberkati Allah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, March 22, 2017

Ada Apa Dengan The Traveloka Sale-Abration?

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Cuti sekolah telah pun bermula. Walaupun cuti kali ini hanya seminggu, ada juga yang telah merancang percutian bersama keluarga. Ada yang sudah merancang awal dan mungkin ada juga yang merancang pada saat-saat akhir. Tak kisahlah merancang awal atau pun merancang saat-saat akhir, apa yang penting dapat bercuti bersama insan-insan tersayang. Daripada percutian itulah kita boleh meluangkan masa bersama mereka. Adakalanya kita seringkali sibuk dengan bebanan kerja hingga mengabaikan orang yang tersayang. Jadi untuk mengembalikan kemesraan dan mengeratkan hubungan adalah dengan bercuti.

Bila sebut berkenaan destinasi percutian, pasti akan dikaitkan dengan Traveloka! Biasa dengar tak mengenai Traveloka?

Pada sesiapa yang gemar bercuti dan melancong, pasti anda begitu familiar dengan Traveloka. Pada netizen yang belum mengerti apa itu Traveloka, mari aku terangkan serba-sedikit tentangnya hasil kaji selidik aku.

Traveloka adalah satu laman web yang menyediakan perkhidmatan layanan jual beli tiket untuk pesawat dan juga tempahan hotel. Tidak kira untuk domestik mahu pun antarabangsa. Maknanya, anda boleh menggunakan Traveloka untuk merancang percutian anda. Satu laman web yang menyediakan semuanya. Memudahkan urusan percutian anda dan dengan Traveloka juga boleh menjimatkan perbelanjaan percutian anda. Tiada caj yang tersembunyi.

Mengapa tempah dengan traveloka?

Traveloka menyediakan perkhidmatan yang bagus untuk kita merancang perjalanan percutian kita dengan mudah dan cepat. Anda tidak perlu tercari-cari tiket pesawat dan hotel di berlainan tempat. Dengan Traveloka, semuanya sudah disediakan. Bagaimana harga yang diberikan begitulah harga yang kita perlu bayar. Lebih mudah. Lebih cepat. Lebih jimat.

Bagi bulan Mac ini, Traveloka sedang mengadakan promosi The Traveloka Sale-Abration!Tawaran yang menarik untuk penerbangan dan juga hotel. Anda hanya perlu memilih destinasi percutian yang akan membuatkan anda rambang mata.

Promosi The Traveloka Sale-Abration sedang berlangsung dari 10 Mac sehingga 31 Mac 2017. Tawaran promosi ini memberi anda peluang terbang ke luar negara dengan hanya RM39 sehala. Promosi yang sangat menarik!Anda jimat berganda dengan tawaran ini. Promosi ini  terbuka untuk penerbangan domestik dan juga luar negara. Menarik bukan?

Promosi ini juga menawarkan potongan sehingga 79% untuk tempahan hotel bersama Traveloka. Anda hanya perlu memilih hotel yang sesuai dengan bajet anda. Peluang ini tidak seharusnya dilepaskan. Anda boleh menjimatkan perbelanjaan anda berganda-ganda.

Sekali lagi diingatkan, Promosi Traveloka Sale-Abration sedang berlangsung sehingga 31 Mac 2017 ini. Peluang ini tidak harus dilepaskan. Jangan berlengah lagi. Log in akaun Traveloka dan buat tempahan anda sekarang. Anda seharusnya menikmati tawaran penerbangan dan hotel bersama Traveloka Sale-Abration. Maklumat lanjut tentang promosi The Traveloka Sale-Abration boleh dicapai di https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration dan https://www.traveloka.com/en-my/.

Boleh juga hubungi :

Customer Service

Selamat bercuti bersama Traveloka! Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, March 21, 2017

Apen Ida Berdating

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Minggu ini cuti sekolah. Memandangkan cuti sekolah, anak-anak mahu ke rumah neneknya. Nenek sebelah papa dia orang. Biasalah bila cuti sekolah kat sana ramai sepupu-sepapatnya. Waktu hari sekolah budak berdua tu dah selalu bergentayangan rumah neneknya, sebelah aku. Jadi biarlah cuti sekolah balik ke sana pula.

Minggu ini cuma tiga hari saja tinggal di sana memandangkan hari rabu, Adriana sudah mula kelas tuisyen mandarinnya. Petang nanti aku jemput kakak dan adik. lama-lama pun tak boleh nanti aku kesunyian. Ini pun dah kemurungan. Laki jauh, anak-anak jauh. Aku terkontang-kanting sendiri.

Bila sendiri, inilah masanya ber'me time'. Sehari bolehlah gunakan masa 'me time' tu. Bila masuk hari kedua, rasa nak mereput. Jadi sabtu malam kami hantar anak-anak. Usai hantar anak-anak pada mak mertua, aku dan suami menggunakan peluang bila berdua. Berjalan-jalan di Banda Hilir tengok permandangan malam di tepi Sungai Melaka.

Sesekali berdating. Bukan senang nak dapat waktu berdua begini. Sang suami sedang melihat menu.

Malam itu kami berdua lepak di The Street Kitchen.

Berswafotolah kami. Asben memang selalu gitu kalau di ajak bergambar. Bajet-bajet pandang tempat lain.

Menu aku malam itu. Tak sudah-sudah dengan spageti aglio olio. Tapi yang ini pedas gile. Berair mata nak menghabiskannya sebab dia guna cili padi.

Pagi ahad, asben potong rumput dan bersihkan laman. Aku duduk jadi mem. Berdatinglah kita orang di tepi rumah.

Si Oren yang sudah empat ke lima bulan dengan kami. Itu dia sedang merayau-rayau.

Oren, balik! Dia datang tuju kat aku.

Lepas Zohor, ke Kuarters Kastam di Ayer Keroh menghadiri jemputan orang kahwin.

Berdualah kami.

Kemudian kami ke rumah kedua pula. Jemputan kawan lama asben dari FAMA.

Berswafoto tak habis-habis. Dari kenduri kahwin kami ke Tesco. Beli barang kemudian ke Mydin sebab aku nak cari barang. Selesai beli barang kami terus singgah makan. Kemudian terus balik rumah. Sampai rumah malam jugaklah. Kita orang kalau sudah berjalan memang begitu gayanya. Selagi tak nampak bulan selagi itu tak nampak jalan pulang. Kahhhh.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, March 20, 2017

Tempahan Candy Booth Di Jasin

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Korang dah lunch ke? Aku baru sahaja selesai lunch. Memandangkan hari ini cuti aku masak yang ringkas saja. Spageti aglio olio buat isi perut. Kalau sensorang, masak yang ringkas saja. Janji kenyang. Hari ini aku emergency leave. Badan sakit-sakit setelah dua hari berposak dengan pelbagai urusan.

Anak-anak pulang ke kampung. Minggu ini cuti sekolah. Esok aku dah jemput mereka. Mana boleh lama-lama. Aku kesunyian nanti. Bila ada kesunyian, nanti aku jatuh kemurungan. Lagi parah jadinya. Sabtu lepas, aku dapat tempahan candy booth di Kg. Kesang Jaya, Jasin.

Dua minggu berturut-turut memang meletihkan tapi bila buat benda yang kita minat kenalah ketepikan keletihan itu. Dulu aku selalu layan buat benda-benda ini bila adakan majlis untuk anak-anak. Tapi memandangkan anak-anak sudah puas disogok dengan majlis sebegini, aku alihkan minat ini untuk majlis orang lain pula.

Tema minggu lepas adalah Ben 10 dan Tinkerbell. Ada tiga orang kanak-kanak yang diraikan. Dua orang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki. Tema kali ini berlainan. Selalunya aku dapat Didi and Friends. Jadi aku memang teruja bila dapat tema kartun yang lain daripada kebiasaannya.

Tulisan Happt Birthday itu dilukis oleh adik aku. Dia memang kreatif kalau bab melukis. Kalau kakaknya yang melukis, entah apa jadinya.

 Dadih perisa jagung. Belon helium diberikan secara percuma untuk setiap tempahan.

 Slice cakes yang aku tempah pada orang yang sama.

Antara menu-menu yang dipilih dalam Pakej Nayli.

Brownies aku tempah pada orang yang sama buat slice kek. Senang dia hantar sekali.

Untuk gegirl.

 Ini pula nama boboi.

 Susunan dadih yang diletakkan di sebelah tepi.

Tema warnanya hijau coklat.

 Creampuff yang sedap.

Apam polkdot yang ditempah dengan orang yang sama buat creampuff.

Chhesetart oleh Myra Mokhtar.

Belon helium percuma untuk setiap tempahan bagi mana-mana pakej candy booth. Jom orang Melaka, serikan majlis anda dengan candy booth.


Hasil kerja tangan aku sabtu lepas dibantu suami dan anak-anak. Mereka bertiga yang banyak menolong. Suami yang tukang ambil belon di kedai. Terima kasih sangat-sangat kerana menyokong dan melayan minat sang isteri.

Itu sahaja perkongsian aku untuk tenghari ini. Serba-sedikit aktiviti aku dan keluarga sabtu lepas. Bersambung lagi dengan entri yang lain. Untuk orang Melaka, sesiapa yang berminat mahu menempah candy booth, boleh hantarkan sms atau whatsapp pada aku di talian 017-6741270
(Fyda Adim).

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Wednesday, March 15, 2017

Perhimpunan Bulanan Dan Sambutan Hari Kualiti

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Entri pertama untuk hari ini dengan cerita lama. Kiranya cerita basilah. Akan tetapi orang-orang di dalam gambar masih belum basi. Kahhh.
Entri ini berkaitan program jabatan. Memandangkan aku antara urusetia yang tidak berapa nak setia, haruslah dititipkan di sini buat kenangan.

Tanggal 14 Februari 2017, jabatan adakan program yang boleh tahan sambutan. Majlis perhimpunan bulanan dan juga Sambutan Hari Kualiti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.

Aku dan beberapa kawan yang lain menjadi urusetia pendaftaran. Urusetia yang paling depan sekali. Hah gitu.

Ini sehari sebelum majlis. Ada sesi raptai dan membuat persiapan di Alor Gajah.

Masing-masing dengan tugasan sendiri.

Persekitaran tempat majlis. Majlis diadakan di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi, Simpang Ampat Alor Gajah.

Aku dan Myra Mokhtar antara yang menjadi urusetia pendaftaran.

Bertudung kuning tu adalah tetamu jemputan untuk pesara.

Ketibaan VIP.

Nyanyian lagu Negaraku diiringi koir JKMNM.

Ucapan kata-kata aluan pengarah.

Menu untuk hari itu.

Sebelum pulang bergambar dengan Puan Hamimah dulu. Entah bila boleh bertemu lagi. 

Begitulah perjalanan program jabatan pada hari tersebut. Majlis selesai lebih kurang jan 1.00 tengahari. Kemudian terus balik. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim