Sunday, January 22, 2017

Travelog : Pulau Langkawi - Destinasi Seterusnya Selepas Skycab

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi semua. Selamat berhujung minggu. Ahad seperti biasa dengan rutinnya. Mengemas rumah, memasak, melipat baju yang berbakul-bakul. Tiap minggu kerja melipat ini tidak boleh dielakkan. Kalau tidak dua bakul memang tidak sah. Kalau letak baju-baju itu atas katil memang penuhlah atas katil itu.

Biasalah, itulah dilema mak bekerja. Kerja melipat dilakukan hujung minggu saja. Aku tak tahulah kalau ada mak yang bekerja lipat pada hari kerja. Kalau aku, malam memang dah out. Ada kerja lain yang menunggu dan nak dikejarkan.

Berbalik pada tajuk di atas. Entri bersambung dengan beberapa episod. Ini masuk episod keempat kot. Sambung daripada entri ini.  Marilah baca apa yang mahu aku ceritakan di sini.

Selepas keluar dari tempat SkyCab, perut masing-masing mula berkeroncong. Aku baru terasa lapar waktu itu. Sudah melepasi detik-detik genting kan, haruslah lapar. Baru menenangkan diri. Dapat pula tempat makan yang lagi menambahkan ketenangan. Sejuk saja makan di sini.

Asben pesan rojak. Sedap sangat rojak ini.

Anak-anak makan nasi lemak. Aku pula makan laksa tapi bukan laksa sekoq tu. Laksanya pun sedap. Terasalah segala isi rasanya hingga buat aku menikmati dengan penuh selera.

Selesai makan kami ke Tanjung Rhu. SubhanAllah. Permandangannya sangat cantik hingga tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Saksikanlah keindahan alam ciptaan tuhan.

Bercanda ria di tepian pantai. Kerutan muka itu tandanya waktu panas namun terasa angin sepoi-sepoi bahasa.

Sebahagian daripada kumpulan kami hanya berkumpul di sini. Berteduh di bawah rimbunan pokok.

Gambar ini gelap pula. Tak berapa nak nampak dua beranak tu.

Ini mak-mak yang tidak larat ke tepi pantai.

Kemudian perjalanan diteruskan secara berkonvoi.

Masa untuk membeli-belah coklat. Kami ke Kompleks Haji Ismail Group. Besar sungguh bangunannya.

Syurga coklat hingga rambang mata dibuatnya. Kalau tidak dikawal nafsu, pasti dibeli semuanya.

Kami keluar setelah membeli beberapa coklat kegemaran.

Dari Kompleks Haji Ismail Group, kami empat beranak ke Dataran Lang. Di HIG, kami semua membuat haluan masing-masing.

Replika gergasi burung helang.

Berswafoto sendiri.

Dengan anak-anak pula.

Kemudian sebelum balik singgah makan dulu. Tak ingat nama kedainya.

Sementara menunggu makanan sampai di meja.

Konsep makannya. Shellout.

Siap tinggalkan kenangan di kedai tersebut.

Kemudian sebelum balik kami singgah di kedai-kedai berdekatan hotel. Aku mahu mencari selipar kerana kaki aku sudah melecet. Manakala asben pula mencari seluar paras-paras lutut untuk dipakai esoknya kerana mahu berisland hopping.

Singgah makan aiskrim dulu sebelum pulang ke hotel. Tengahmalam juga kami balik ke hotel. Mana tidaknya, berjalan sepanjang deretan kedai berdekatan pantai. Aku dapat juga beli selipar berharga sepuluh ringgit sahaja. Itu sahaja kisahnya. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..