Hai.
Selamat pagi semua. Pagi ini dingin sekali. Hujan turun lagi membasahi bumi Melaka. Sejuknya terasa ke tulang hitam. Aku pula jenis yang tak tahan sejuk. Hari ini keadaan tidak kelam-kabut seperti semalam. Biasalah, hari sekolah, hari kerja memang sedikit huru-hara.
Bukan sikit-sikit punya huru-hara. Mana yang terkejar nak masuk sekolah, mana yang terkejar nak punchcard. Berposak kan?
Itu belum masuk hal kesesakkan jalan. Cari jalan alternatif pun tidak manpu menyelamatkan keadaan. Sudahnya kadang terlewat tiba di pejabat. Sampai di pejabat dalam keadaan stres. Atas jalan sudah mendapat.
Pagi tadi, jalan pun tak sesak. Akan tetapi hujan turun boleh tahan lebatnya. Gigihlah mak AdrianaAmmar membesarkan mata nak melihat jalan. Itu sahaja, entri ringkas pagi ini.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Sekarang pulak matahari lewat jadi memang tambah gelap kalau hujan lebat walau jam dah pukul tujuh pagi kan.. sama JB pun gitu juga.
ReplyDelete