Tuesday, January 31, 2017

DAY 27 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gadget Saya

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat malam. Baru berkesempatan mahu menulis untuk tugasan hari ini. Tadi ingat mahu balik masak. Kebetulan mak ikut balik rumah. Jadinya aku bawaklah mak makan luar. Selalu mak terperap di rumah aje. Jadi sesekali bawaklah mak.

 Akhirnya aku siapkan juga sampai tugasan hari ini. Aduhai. Gigih mengejar hingga ke tugasan hari ini. Dah tertinggal begitulah jadinya. Baiklah, mengenai gadget aku. Kalau nak tahu gadget aku sekarang semua bukan aku yang beli.

Sekarang yang dok guna adalah handphone dan ipad. Ini dua sahaja gadget yang aku guna. Dulu guna handphone biasa-biasa aje. Kemudian aku dok merengek nakkan iphone. Kebetulan asben nak beli iphone lain, jadi iphone lamanya dia bagi kat aku. Aku no hal baru ke lama ke janji boleh tulis blog, tengok FB, boleh berinsta, boleh berwhatsapp, boleh telefon. Itu sudah memadai. Soal lama tolak ketepi. Sebelum guna iphone aku guna lenovo. Tapi dah rosak. Kemudian bila terjebak dengan ipad, aku mula tertarik dengan apple. Nak beli sendiri tidaklah den mampu, jadi terpaksalah mengendeng dengan laki. Gitchew.

Inilah iphone yang aku guna sekarang. Tempoh hari waktu handphone ni skrinnya rosak, aku gigih keluar duit betulkan.

Ini mini ipad. Bukan aku beli pun. Mini ipad ini aku dapat sebagai hadiah sewaktu memenangi dalam pertandingan menulis ebook. Ipad ini aku guna nak tengok drama-drama yang terlepas. Ipad ini pun dah buruk rupa sebab skrin dia dah retak dek balingan si anak teruna. Sebak tengok masa skrin retak seperti mana retaknya hati mak dia. Mak dia punya bersengkang mata menulis. Tak apalah. Masih boleh digunakan. Kalau ada rezeki bolehlah dibetulkan. Sekarang ini tak ada, jadi dok diam-diam.

Itu sahaja entri untuk malam ini. Bersambung lagi untuk tugasan esok. Hanya berbaki empat hari sahaja lagi. Sayu pula rasa hati. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger       
#31dayschallengebyjdtblogger 

Salam pena,
Fyda Adim


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..