Assalamualaikum.
Hai.
Selamat malam. Lambat bersiaran hari ini. Last entri pagi tadi, itupun entri scheduled. Biasalah tu. Mana ada masa nak menulis sangat. Ini pun barulah berkesempatan mahu siapkan entri untuk cabaran 31 hari oleh JDT Blogger. Dah hari kelima belas ye. Gigih ahkak mengikutnya. Ada lagi enam belas hari saja lagi.
Entri hari ini sangat senang. Nasiblah senang. Hanya mahu wallpaper telefon atau laptop. Kalau wallpaper telefon senang saja. Boleh screenshot. Mudah saja.
Inilah wallpaper telefon aku. Gambar bersama suami, sedondon bertema emerald green. Gambar ini dirakam sewaktu majlis perkahwinan anak buah aku Disember lalu. Selalunya wallpaper aku memang gambar bersama suami. Selalu bertukar-tukar kalau ada gambar kita orang yang menarik. Bukan senang nak bergambar berdua. Motif letak gambar bersama suami, biar selalu ingat. Tidaklah terlupa diri bagai. Gitcheew.
Okaylah, sekian dulu entri penutup untuk hari ini. Bersambung lagi esok dengan entri-entri lain. Sekian dan wassalam.
#jdtblogger
#31dayschallengebyjdtblogger
Salam pena,
Fyda Adim
gambar berdua baru fefeeling perantin baru ekekeke
ReplyDeletenice :)
ReplyDeletehttp://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-15-wallpapers.html