Hai semua.
Ini adalah entri paling lambat sepanjang menyertai dalam cabaran daripada JDT Blogger ini. Baru sampai dari Kuala Lumpur kerana menghadiri Bengkel Penulisan Cerpen dan Puisi anjuran Chermin Books. Itulah sebabnya aku tidak berkesempatan untuk menulis entri ini.
Jadi untuk tidak mahu keciciran dalam cabaran ini, maka aku gigihkan juga diri ini untuk menitipkan entri ini. Entri hari ini sudah masuk hari kesepuluh. Sayang pula kalau tidak diteruskan. Entri kali mengenai single atau berkahwin.
Aku sudah berkahwin. Tahun ini masuk tahun kesebelas aku memegang status sebagai seorang isteri kepada lelaki bernama Mohd Affendy Bidin. Tapi kalau ikut bulan baru bulan Disember menyambut ulangtahun perkahwinan yang kesepuluh.
Gambar sepuluh tahun lepas selepas selesai dinikahkan.
Sewaktu majlis resepsi di rumah aku.
Ini pula gambar di studio. Gigih menyimpan duit sebab nak bergambar di studio. Itulah sahaja coretan untuk entri ini. Bersambung di entri lain. Sekian dan wassalam.
#jdtblogger
#31dayschallengebyjdtblogger
#31dayschallengebyjdtblogger
Salam pena,
Fyda Adim
so cute bot of you :D
ReplyDeletemoga kekal till jannah :)
http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-10-single-vs-married.html