Assalamualaikum.
Hai.
Selamat pagi. Kisah sabtu lepas bila mak ajak ke kenduri kahwin rumah kawan sekerja dia dulu. Bila dah mak ajak kenalah bawakan. Mak aku memang jarang nak keluar jalan-jalan. Jadi hari sabtu lepas, aku datang rumah mak tengahari dalam jam 12.30. Biasalah sabtu, macam-macam kerja nak buat. Itu yang berlengah nak keluarnya.
Lepas zohor, kami keluar ke Bukit Tembakau. Nasiblah ada suami dialah yang memandu. Jadi pergilah aku empat beranak, mak aku dan anak buah aku si Nayli. Dia memang kalau aku berjalan memang nak ikut. Dah besar dah reti nak ikut berjalan.
Budak-budak yang meriuhkan dalam kereta. Bibir anak-anak dara bukan marah merah menyala masing-masing.
Sampai kenduri duduklah kami di satu tempat.
Nayli Firzanah yang usianya 5 tahun.
Aku dan suami serta si Ammar. Suami aku dok eksen dengan aku sebab cermin mata barunya. Tak heran pun.
Nak balik boleh pula bertembung dengan anak buah aku.
Swafoto kami bertiga.
Kebetulan kakak sepupu aku kerja hospital juga. Itu yang dia pun dijemput sekali. Lagi pun dulu kakak sepupu aku zaman muda-muda suka ikut mak aku jugak. Macam si Nayli dengan aku. Nampak tak?Hehe. Mungkin satu hari nanti Nayli pun akan kenal kawan-kawan obek dia. Nayli panggil aku obek. Panggilan dalam masyarakat bawean. Obek macam mak longlah. Lebih kurang.
Begitulah coretan aku untuk pagi ini. Bila jumpa dia orang di kenduri kahwin, fikiran tiba-tiba teringat pada yang lain. Perasaan rinda menerpa dalam diri. Rindu sangat-sangat. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..