Friday, December 30, 2016

Bila Berhadapan Dengan Orang Yang Suka Memburukkan Orang

Assalamualaikum.

Hai.

Salam jumaat. Penghulu segala hari. Bila jumaat menjengah, feelnya lain macam. Mungkin sebab esok sabtu. Kaitan? Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Diharap agar hari ini diberi sedikit ruang ketenangan dalam melakukan kerja. Sejak minggu lepas hati resah dan gelisah tatkala disampaikan cerita itu. Cerita sampai menyampai ini adalah perkara biasa. Antara tahan dengan tidak saja.

Kenapa hati perlu resah bila disampaikan cerita itu? Sememangnya aku sudah boleh jangka perkara ini akan timbul bila dikhabarkan yang aku akan bekerja dengannya.

Bukan tidak pernah melaluinya dulu. Iye, pernah terkena namun ianya sudah berlalu apabila tidak bekerja sekali dengannya. Namun, kali ini terpaksa hadapinya sekali lagi.

Sekali lagi.

Tempoh hari sewaktu mula-mula datangnya, dicanang kisah orang lain. Si polan itu gini si polan itu gini. Baiklah, aku sekadar menadah telinga. Sudah tahu perangainya sebegitu.

Hati sudah terdetik. Mungkin selepas ini giliran aku pula. Hati tidak tersalah untuk berkata-kata.

Cerita pertama disampaikan pada aku. Aku dengar sahaja tapi hati menangis. Jangkaan aku sudah mengena. Masalah makin menghampiri. Bertabahlah.

Kemudian menyusul pula cerita kedua. Aku perlu lagi mendengar dengan hati yang terbuka. Sejauh mana penerimaanku? Entah. Sakit hati. Geram. Menyampah. Marah.

Dah tua bangka, tapi tidak tahu jaga hati orang. Perasaan sangka baik aku pada dia mula menyurut dari hari ke hari sejak mendengarnya. Aku tersilap bersangka baik. Mulanya aku anggap dia ikhlas namun semuanya hanya lakonan.

Kata seorang sahabat, semua orang dah tahu perangai dia..Tak payah ambik hatilah dengan dia...

Pesan seseorang yang pernah bekerja dengannya.

"Memang dia akan cari hal dengan orang. Kena sabar tapi memang banyak makan hati dengan dia. Stres memang stres tapi siapa yang tahu perangai dia akan tahu."

Ikutkan dia seorang sahaja yang betul. Orang lain semua salah. Dia seorang yang pandai buat kerja. Dia seorang yang buat kerja. Orang lain tak pandai buat kerja. Orang lain goyang kaki. Wak lu.

Luarannya nampak solat tak tinggal, mengaji tapi mulut bukan main. Burukkan orang sana sini. 

Kata sahabat aku, makin tua perangai makin menjadi. Semoga dia insaf. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..