Friday, November 18, 2016

Manusia Tetap Manusia

Assalamualaikum.

Salam jumaat. Pembuka bicara pagi ini untuk blog yang suam-suam kuku. Semangat nak menulis tu masih menari-nari dalam diri. Tetapi kekangan masa membuatkan semangat itu mengendur dan terkendur.

Biasalah manusia kan.
Untuk sempurna semua perkara dalam satu masa adalah mustahil.

Manusia tetap manusia.
Manusia itu lemah.
Yang Maha Sempurna cuma satu.
Allah.

Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan.
Berbuat silap mohonlah kemaafan dan keampunan.
Moga tidak diulang kesilapan lalu.
Mohon agar hati tidak berbolak-balik untuk melakukan kesilapan lalu.

Maka, sesiapa yang ada berbuat kesilapan lalu bersungguh memohon kemaafan, pasti akan kuhulurkan.
Tidak ada alasan untuk aku menolak.
Tidak ada alasan untuk aku tidak memaafkan.
Manalah tahu.
Satu hari nanti aku pula yang memerlukan kemaafan.

Sebab apa?

Kerana aku benar-benar tahu.
Sungguh tidak ada sesiapa yang sempurna.
Tidak ada.

Tidak aku.
Tidak engkau.
Dan tidak mereka.
Kerana manusia tetap manusia.

Salam kemaafan,
Fyda Adim


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..