Wednesday, November 2, 2016

Majlis Resepsi Di Subang Jaya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hari ini genap sebulan kisah entri ini. Majlis anak buah aku berakhir di Subang Jaya dengan penutupan majlis resepsi di sebelah lelaki. Majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki telah diadakan di Bizmilla Ballroom One City di Subang Jaya. Kakak sepupu aku dah bertolak dulu sehari sebelum majlis. Aku empat beranak bertolak ke Subang pagi sabtu.

Sebelah perempuan datang ke Subang Jaya dengan bertemakan navy blue. Berposak aku mencari baju sebab nak ikut tema punya pasal. Pada mulanya aku nak pakai aje baju yang ada tetapi bila hati ebrbelah bahagi, aku beli baju secara online. Itu pun sudah saat-saat akhir. Nasiblah sampai sehari sebelum majlis.

Cik kak belakang tu memang pantang aku nak bergambar sorang ada aje dia menyelit.

Rombongan dari Melaka. Pihak perempuan menunggu lif waktu ini untuk ke tingkat dua kalau tak silap aku. Dah lupa.

Kami di luar dewan. Dengan laki aku sekali aku pakaikan baju kemeja biru.

Ini memang kebetulan. Anak buah aku beli bajunya di Aeon.

Kami di antara yang havoc.

Ketibaan pengantin untuk diarak masuk ke dalam dewan.

Kakak dan abang sepupu aku merangkap mak ayah pengantin.

Aku duduk di meja depan.

Dengan mak long aku merangkap nenek pengantin.

Masa pengantin bersanding, siap dipanggil nama sorang-sorang ahli keluarga untuk menepung tawar. Dahler kena berjalan persis model nak sampai ke pengantin. Dahlah aku pakai kain ketat.


Pengantin mula makan beradap. Aku makan kat bawah dah tak payah beradap sangat.

Anak buah kesayangan aku.

Adik-adiknya yang menghuiru-harakan majlis.

Ini adik-beradiknya yang perempuan. Samalah tu dua kali lima.

Hat ini pengantin baru nak masuk ulangtahun ke sepuluh tahun bulan Disember nanti. Sedondon gitu kan.

Sebelum pulang haruslah bergambar beramai-ramai.

Inilah keluarga kakak sepupu aku.

Gambar ni aku cilok dari profile picture whatsapp anak buah aku si Amyra Ariffin. Hehehe.

Sebelum meninggalkan dewa, anak-anak aku sempat bergambar di photobooth yang disediakan di luar dewan. Menariknya sebab terus dapat gambar. Anak-anak teruja. Aku tak dapat nak bergambar sekali memandangkan kiri kanan tanganku penuh dengan goodies beg. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..