Monday, November 21, 2016

Karok Atau Mengarok

Assalamualaikum.

Minggu lepas kebetulan anak buah sulung aku balik setelah sekian lama tidak pulang ke kampung halamannya. Sekian lama ke?Kali terakhir jumpa dia masa resepsi dia di sebelah pengantin lelaki. Itu yang akhir. Kemudian dia sudah sibuk. Maklumlah sudah bergelar isteri orang merangkap wanita berkerjaya.

Dia whatsapp aku kata balik sabtu pagi. Sebaik mendapat whatsapp daripada dia, terus aku ajak dia pergi karaoke. Penyakit gian aku nak melalak terpekik-pekik sudah datang. Walhal aku baru baik dari sakit. Itu pun belum sepenuhnya sihat. Masih tidak stabil. pening-pening lalat.

Rimas dengan diri sendiri terperuk saja dekat rumah, baiklah aku ambil angin luar. Sekurang-kurangnya kalau dengan budak bertiga ni memang huru-hara jadinya. Memandangkan hari sabtu, asben pun ada jadi dia boleh jaga anak-anak sementara aku pergi berlibur. Heaven sangat kau kan.

Asben hantar aku ke rumah kakak sepupu aku. Kemudian aku ikut dia orang aje. Balik dia orang hantar. Teringat zaman remaja nak ke mana-mana, ayah aku hantar. Cukup masa ayah aku jemput. Rindu zaman itu.

Kami berempat yang berpangkal nama A. Dari kiri Adibah, Amirah, Alfidah dan Afiqah. A yang lain membawa diri masing-masing.

Aku berposak mencari milo sebab rasa macam nak hypo. Dah pening kepala masa tu. Memang berpenyakit betul pompuan ni. Sempat bergambar kut.

Aku yang diapit dengan dua orang gadis manis.

Hanya kami berdua pula. Anak-anak buah semua yang tinggi lampai. Jadi aku terasa kemetot.

Berialah makcik korang menyanyi belakang tu. Korang pula sibuk bergambar aje.

 Giliran yang berdua tu nyanyi, aku bergambar dengan Iqa pula.

Walaupun hanya diperuntukkan tak sampai tiga jam untuk keluar dengan dia orang, tapi aku gembira sungguh sebab dapat karok dan mengarok dalam bilik yang sederhana. Suara yang disumbangkan walaupun kedengaran sumbang, buat-buat tak faham saja. Hehe.

Aku sampai rumah sebelum jam lapan. Itu pun dua kali asben aku telefon tanya "awak kat mana?" "awak kat mana?" Sebelum dia mengarok, baiklah aku balik. Memang begitu kalau aku yang keluar. Lain kali boleh keluar lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..