Wednesday, September 7, 2016

Teaser Majlis Perkahwinan Anak Buah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi. Sihat semua?Majlis perkahwinan anak buah aku sudah selamat selesainya. Alhamdulillah dipermudahkan dan diberi kelancaran walaupun ada sedikit kekalutan yang tidak dapat dijangka. Tak apalah dah lepas pun.

Aku nak up ceritanya di sini masih belum berkesempatan. Majlisnya selesai ahad. Isnin aku bercuti lagi. Tapi dek kerana kepenatan yang terlampau memang taklah aku nak mengadap komputer. Masa tu barulah terasa tegang urat-urat kaki.

Aku belanja satu gambar kita orang masa majlis perkahwinan anak buah aku yang berlangsung ahad lepas.

Ini kami selaku bridesmaid. Hehe..

Bergambar di photobooth.

Kami lagi bridesmaid-bridesmaid yang tak berapa nak jadi bridesmaid pun. Hehe.

Cukuplah dulu. Nak belanja satu gambar jadi tiga gambar pulaknya. Nanti aku  tulis lagi di entri yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..