Monday, September 12, 2016

Salam Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Tika aku menulis entri ini jam menunjukkan 1.53 pagi. Mata masih belum mengantuk walhal aku dah beberapa kali juga menguap. Adakah sebab anak-anak tiada yang buat lain macam je rasanya. Tadi asben dan anak-anak balik kampung. Aku sibuk mengemas rumah dan mencari masa untuk buat kerja-kerja rumah yang sudah beberapa minggu tertangguh.

Sudahnya anak-anak tidur rumah neneknya. Esok raya kebetulan cuti sekolah memang menjadi rutin mereka ke sana bila cuti sekolah. Jadi malam raya tinggal lah berdua saja. Memelik pula rasanya. Minggu depan minggu santai sebab cuti sekolah. Dapatlah berehat daripada menjadi tarzan jadian. Hehe. Aku tak cuti panjang pun, insyaAllah jumaat baru pergi jalan-jalan bawak anak-anak.

Ok lah...Nak ucapkan Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat. Pada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang. Aku ni mereput kat rumah aje, orang tak ada kampung jauh-jauh. Rumah mak hari-hari aku ulang-alik. Gitu kisahnya. 

Salam Aidiladha sekali lagi. Semoga kita akan diberi peluang untuk ke sana suatu hari. Marilah kita sama-sama menghayati perayaan Aidiladha ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..