Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat petang. Hari ini kita sudah berada pada hari kesebelas Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Aku pun sudah beberapa hari tidak menulis di sini. Kesibukan mengatasi segalanya. Ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.
Berbalik kepada tajuk entri, siapa yang mengikuti drama bersiri Cinta 11 Syarat. Lakonan Aqasha sebagai heronya dan Bella Dally sebagai heroinnya. Drama ini ditayangkan setiap hari isnin hingga jumaat jam 6.00 petang di saluran prima. Hah, dah rupa iklan di tv. Drama ini adalah adaptasi daripada novel Cinta 11 Syarat karya Muna Mahira.
Aku sekarang tengah kemaruk melayan drama ini. Kalau orang kemaruk bercinta aku kemaruk dengan drama. Kemaruk aku lagi dasyhat dari kemaruk orang bercinta. Hihihi...
Kena pula dengan heronya. Antara pelakon yang aku suka lakonannya. Biarlah orang nak kata dia selekeh, serabai, rambut panjang bla bla bla. Aku tetap minat dia berlakon.
Dan membuktikan kemarukkan aku yang paling ketara, aku sudah pun beli novelnya beberapa hari lepas. Sejak jadi member Kedai Buku Popular, makin menjadi-jadi aku membeli buku di sana.
Sinopsis Cinta 11 Syarat :
Rasya - Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah.
Haziq aka Komeng – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!
Bersatulah Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq. Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati.
Penerimaan Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya.
Setakat ini jalan cerita novel dengan drama ada sikit berbeza. Tapi suka lakonan Aqasha. Sekarang kawan aku si Myra Mokhtar pun sudah terjebak termasuklah kawan aku yang minat gile dengan Aqasha. Selamat menonton!
Salam pena,
Fyda Adim
sy pon minat aqasha jgk..hihi
ReplyDelete