Wednesday, February 17, 2016

Rabu Menjelma

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Malam tadi kononnya mahu menulis blog tetapi penyakit M yang bermaharajalela dalam diri mematikan hasrat itu. Sudahnya aku buat kerja rumah, buat homework dengan anak-anak, kemas dapur, jemur baju, tidurkan anak-anak, tepat jam 12 aku pun mengambil tempat di pembaringan.

Letih. Seharian di pejabat kemudian sambung tugas seorang mak pula. Ini tengah pening nak cari tempat mengaji untuk anak-anak sebab ustazah dia orang berpindah ke Terengganu. Alahai...

Nikmatnya bila dapat merenggang urat-urat badan. Jam berapa aku lena pun aku tidak pasti tetapi alhamdulillah malam tadi dapat lena. Sebelum tu aku tengok episod-episod lepas Cinta Si Wedding Planner. Semalam dah episod akhir. Suka sangat tengok ending gitu.

Hari ini sudah rabu. Kenapalah aku rasa ahad nak sampai ke hari khamis tu begitu lambat sekali. Bila khamis ke ahad tu pantas aje.

Makan malam aku bersama anak-anak. Dah dua malam aku masak ringkas macam ni. Tekak dok teringin nak makan mee basah air tangan sendiri. Makanya terhasil mee basah sendiri. Ada sekali tu, anak-anak dah masuk tidur. Perut aku pula berdendang bukan main rancak. Sudahnya ke dapur dan mulalah aktiviti menumis hingga ke sudah.

Begitulah kisahnya sepanjang hari-hari bekerja dan hari anak-anak bersekolah. Tunggu hujung minggu masa bersantai bersama keluarga dan misi mengemas rumah yang belum ada penyudahnya. Bila mau habis? Entahlah...

Salam pena,



No comments: