Selamat pagi semua. Khamis sudah tiba. Esok jumaat, lusa sabtu. Motif kira hari? Memang itu sudah menjadi tabiat menunggu ke hari sabtu. Aduh!! Yelah, waktu sekolah memang terkejar-kejar kan. Baik pagi mahupun sebelah malam. Pagi ceritanya lain, malam pula lain.
Baiklah lupakan kekalutan yang melanda, aku mahu kongsikan karya aku yang bertajuk Hey, Kau! sudah ada sampai Bab 6. Kisah Azalea Husna yang terjerat dengan seseorang. Marilah baca kisahnya wanita itu di portal Ilham Karangkraf.
Mohon maaf andai ada kekurangan dalam karya saya itu. Tetiba pulak bahasakan diri saya. Hehehe. Aku hanya penulis biasa yang menulis berdasarkan apa yang terlintas di fikiran. Dengan semangat daripada seseorang yang selalu memberi dorongan, aku gigihkan juga untuk menulis cerita ini hingga ke penghujung. Ditolak itu belakang kira. Janji siapkan dulu kan. Semoga dipermudahkan segala urusanku.
Sedutan Bab 1 Hey, Kau!
“Lea
sayang, boleh tak kalau nak pinjam duit?” kata-katanya hinggap di gegendang
telingaku. Bila bab duit rasa mahu menanah aje telinga aku. Dia ingat aku ni Bank
Negara ke? Dia ingat aku ni cap duit agaknya? Suka-suka hati aje jadikan aku
banker dia kan.
Air
minuman yang aku sedut hilang terus manisnya sebaik aku mendengar butir bicara
yang terpacul keluar dari bibirnya.
“Duit?”
Soal aku menjengkilkan mata sambil memandang sepasang mata coklatnya.
“Handphone
rosak, nanti susahlah nak call Lea.” Sambungnya lagi.
“Selama
ni Lea yang banyak call kut.” Protesku tidak puas hati. Dia terkedu.
Ah,
selama handphone tak rosak pun bukan selalu pun dia call aku. Boleh dikira
dengan jarilah. Aku yang kerap telefon dia.
“Duit yang dulu pun belum bayar
lagi? Ini nak pinjam lagi? Ingat Lea ni banyak duit ke?” Spontan. Lantas,
keluhan aku lepaskan.
“Tolonglah...kali ni aje. Nanti bila
ada duit...”
“Baru nak bayar?” Belum sempat dia
menghabiskan kata-katanya aku terlebih dahulu mencelah.
“Nanti
bila ada duit, baru bayar? Hari tu pun janji macam ni jugak tapi tak nampak pun
bayang-bayang duit Lea. Ini nak berjanji lagi dengan Lea? Apa ni?” tempelakku.
Memang
menyirap. Tempoh hari beria menabur janji-janji manis, dalam tempoh tiga bulan
mahu dibayar hutangnya. Sekarang dah upgrade setengah tahun. Janji tinggal
janji.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..