6.1.2016
Hari ini, Pertama kali melangkah ke pejabat untuk tahun baru ini. Melangkah dengan penuh semangat. Kekononnya. Itu semangat baru keluar pintu rumah pagi tadi.
Sebaik sahaja tiba di muka pintu pejabat semangat itu pun bertebaran pergi. Aduhai rasanya perlu mencari suasana baru pula memandangkan tahun ini masuk tahun kesepuluh aku di sini.
Hari ini bawa bekal pagi dan tengahari. Jadi tak perlulah aku keluar kan. Dari pagi tadi menyiapkan kerja-kerja di atas meja. Cuti dua hari menimbun kerjanya. Dengan yang macam-macam arahan sampai tak tahu yang mana satu mahu dihadamkan dulu. Tapi dek kerana tidak mahu mengulangi peristiwa tempoh hari aku telan jugak.
Itu sahaja dulu entri untuk hari ini. Nanti aku ceritakan kisah hari pertama anak-anak memulakan persekolahan mereka. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Kadangkala penghijrahan itu perlu bile terlalu lama disitu. Cubalah cari pengalaman tempat lain pulak. mana tau ada rezeki.
ReplyDeleteaida suka hati da tag fida kat blog :)
ReplyDelete