Thursday, December 17, 2015

Majlis Kahwin Di Restoran Tomyam Klasik

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Sekejap sudah ke hari khamis kan. Betapa masa begitu pantas bergerak meninggalkan kita. Jika kita tidak mengisi masa kita dengan sesuatu yang berfaedah betapa ruginya diri kita ini. Seperti biasa hujung minggu adalah untuk bersama keluarga. Musim cuti sekolah memang banyak jemputan kawin. Salah satu program hujung minggu kami.

Sabtu lepas, 12 Disember 2015 adalah ulangtahun kelahiran bonda aku. Kebetulan kami mendapat jemputan kahwin kawan ayah aku. Kawan ayah aku masa sama-sama kerja di Bernas. Ayah aku dah kata nak pergi dah tentu aku yang kena bawa. Jadi dalam jam 11 kami sudah keluar menuju ke rumah mak. Tak boleh lengah sebab hari sabtu sebelah petang ayah aku kena cuci darah.

Jomlah tengok gambar.

Kami tiba dan dijemput makan.

 Melayan dua anak dara yang banyak karenah.

Kakak dan adik. Bila disuruh bergambar nombor satu.

Aku bersama anak-anak. Suka tengok gambar ni sebab gaya Nayli tu sangat comel. Dia memang suka bergambar.

 Giliran atok dan nenek pula bergambar bersama cucu-cucu.

Dalam pada kita orang mahu pulang, pengantin pun sampai. Menunggu mahu berarak. Apa lagi ayah aku nak bergambar dengan pengantin. Si cucu-cucu pun sibuklah mengendengnya. Ammar entah hilang ke mana. Dia tu susah sikit kalau disruh bergambar. Itu sahaja entri untuk pagi ini. Mahu packing baju. Holiday time! Kalau rajin adalah entri autopublished sepanjang aku bercuti. Mari kita tenang-tenangkan fikiran. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..