Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul. Bismillah...
Selamat petang semua. Semoga hari ini menjadi permulaan yang baik untuk kita semua. Banyakkan berselawat. Moga peroleh keberkatan. Baiklah, aku sambung dengan entri seterusnya. Ini entri penutup percutian di Rompin. Nasiblah hanya dua malam aje. Kalau lima malam mahu berapa part aku kena tulis.
Sabtu tu hari terakhir di Rompin. Kita orang merancang mahu keluar awal sebab mahu sampai Melaka sebelah petang. Jadi awal pagi kami sudah bersiap itu pun terdrag masanya. Perkara biasalah tu kan kalau terlajak masa. Menyiapkan dua orang budak ni umpama sepuluh orang anak. Hehehe... Selesai semuanya lebih kurang jam 10.00 pagi.
Kami sudah siap mahu pulang.
Ini semasa mahu cek out. Kami bergambar dulu sebelum meninggalkan tempat ini.
Dalam perjalanan pulang kita orang singgah sini. Gerai Makan Mak Ngah namanya.
Mencari udang galah untuk santapan tengahari itu. Selesai makan kami meneruskan perjalanan pulang ke Melaka.
Sampai Melaka lebih kurang jam 4.00 petang. Masuk aje Ayer Keroh sebab kita orang keluar dari UTEM ternampak bersusun kenderaan. Sesak. Biasalah hari cuti memang gini. Kemudian sebelum sampai rumah kami ke dobi dulu. Nasib sang suami prihatin. Cuci dan terus keringkan. Meringankan kerja isteri. Hah! Baiklah itu sahaja entri ringkas untuk petang ini. Menyusul lagi nanti dengan cerita yang lain. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..