Sunday, October 11, 2015

Karnival SJK(C) Keh Seng

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Entri di waktu malam memang sukar dipercayai. Aku gigih menaip untuk entri ini. Kalau ditangguh memang alamatnya menjadi entri basi. Ini boleh dikatakan masih lagi cerita fresh. Hehehe. Segar dari ladang. Minggu ini pun aku sibuk. Banyak kerja menanti.

Siang tadi sekolah kakak nana, SJKC Keh Seng mengadakan karnival jualan. Khamis lepas aku terima surat daripada ustazahnya tentang sumbangan makanan untuk gerai halal. Alahai kalau last minit aku buntu nak memikirkan menu. Mulanya aku rancang nak masak mee goreng tapi bila fikir-fikir balik mampu  ke nak masak seorang diri memandangkan asben dah balik Batu Pahat. Jadi fikir punya fikir aku sudah nekad untuk siapkan yang simple. Menu yang pagi ahad tu aku boleh terus bawa aje.

Makanya aku cuma siapkan dadih. Itu saja yang termampu oleh kudrat.

Pagi tadi jam 8.oo sudah keluar menuju ke sekolah. Dalam 8.30 sudah tiba di perkarangan sekolah dan orang sudah ramai memenuhi ruang sekolah. Kawasan parkir sudah penuh dan aku terpaksa parkir agak jauh dari sekolah dan kenalah menapak. Mula-mula aku pergi berdua dengan nana sebab nak hantar dadih pada ustazahnya. Selesai menghantar aku balik semula ke rumah mak sebab nak jemput dia orang. yang ikut makayah aku, ammar dan juga nayli.

Kupon yang ada bernilai RM50.

Setibanya kami di sekolah, kami menuju ke Gerai Makanan Halal terlebih dulu.

Macam-macam kami beli di sini. Nasi lemak, bihun goreng, karipap, ice cream float, nugget dan bermacam-macam. Nana pula boleh nak beli dadih yang maknya buat. Gasakler nak. Macam tak pernah makan maknya buat. Itu ayah aku dok tanya cucu-cucunya nak apa.

Selesai membeli kami pusing-pusing. Ada pula gerai belon percuma.

Ada jual vitagen. Sedang sibuk membeli di sini, aku disapa oleh seorang gadis cina yang memperkenalkan dirinya sebagai wartawan suratkhabar cina. Ada disebutnya tapi aku tak berapa nak hadam sebab handle tiga orang anak. Jadi adalah wartawan tu amik gambar keluarga dan interview aku dengan beberapa soalan. Tak masuk paper siap. Penat aku jawab soalan. Hehehe...

Begitu ramai orang.

 Misi membeli masih belum selesai selagi kupon masih berbaki. Asben pesan habiskan.

 Pusing-pusing satu sekolah.

 Inilah hasil tangkapan kami di karnival siang tadi.


Beria si Nayli ni makan. Sampai suruh pandang nak amik gambar pun tak menyempat.


Suruh budak bertiga ni bergambar dulu sementara nak tunggu Ketua Menteri Melaka tiba untuk majlis perasmian.

Dalam jam 10.30 pagi Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron pun tiba.

Ketibaan Ketua Menteri Melaka disambut dengan pukulan gong ke namanya. Aku pun tak tahu. Memang best kumpulan ni mainkan pukulannya yang sangat bersemangat.

Kemudian Ketua Menteri pun diarak masuk ke dalam dewan. Semua berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku dan lagu-lagu seperti biasa. Selesai sahaja menyanyi aku pun ajak mereka balik sebab dah tak tahan panas. Kepala pun dah berdenyut-denyut. Kemudian kita orang pun berangkat pulang. Memang karnival ni menarik bagi aku. Begitulah cerita siang tadi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,







1 comment:

  1. meriah sungguh karnival sekolah cina ni...kalau sekolah kebangsaan kitaorg wajibkan murid beli rm10 ...tu pun ramai komplen

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..