Thursday, July 9, 2015

Catatan 18 Ramadhan : Nasi Goreng Untuk Berbuka Puasa

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Salam 22 Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu kan. Makin sebak pula rasa hati berada di penghujung Ramadhan Al-Mubarak. Semoga diberi peluang untuk merasa lagi Ramadhan akan datang.

Baiklah, kisah ahad lepas aku tidak masuk dapur pun. Masuk pun untuk buat cornflakes madu. Jadinya menu berbuka asben yang siapkan. Paling ringkas untuk dia masak adalah nasi goreng. Nasi goreng dia sedap. Nak-nak kalau dia masak nasi goreng letak kicap. Mabeles! Hehehe...


Dia kalau masak nasi goreng memang rajin asing-asingkan nasi goreng putih untuk anak-anak dan nasi goreng pedas untuk kami laki bini. Memang rajin. Kalau aku masak sekali harung dan paksa anak-anak makan. Jangan banyak bunyi. Kejam kan bunyinya. Hehehe...Selain nasi goreng dia goreng ayam dan burung puyuh. Itu pun dah mengenyangkan.

Itu sahaja serba sedikit titipan untuk ahad lepas. Tahun ni tak membeli ke bazaar sangat. Sekali dua aje yang pergi kemudian tak pergi dah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








1 comment:

  1. fida sedapnyaaaa....smlm plan nak buat nasi goreng tapi jadi lain plak:):)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..