Sunday, July 5, 2015

Catatan 16 Ramadhan : Menu Ringkas Untuk Iftar

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari. Sudah fikir mahu masak apa untuk berbuka nanti? Aku masih terfikir-fikir jugak. Sudah kebuntuan idea. Itulah aku suka blogwalking mencari menu untuk berbuka. Jumaat kelmarin kami berbuka secara ringkas je. Sebabnya lepas berbuka nak keluar pergi cari baju raya anak-anak. Itu yang sekadar alas perut aje.

Kami makan roti, ada bubur lambuk orang bagi dan lasagna.

Asben yang masak ni. Dalamnya ada telur dan cheese. Sedap. Makan ni pun dah kenyang. Jadinya lepas maghrib terus aje keluar beli baju. Tak singgah makan. Balik dari membeli baru singgah kedai mamak pekena roti canai.

Lasagna ni khas untuk asben. Dia memang suka makan. Dulu kalau pegi makan kat Pizza Hut dia selalu order. Tapi sejak dah tahu buat sendiri memang aku buat je. Bolehlah kan daripada nak makan kat luar. Kena berjimat! Itu sahaja entri ringkas tengahari ini. Sekian dan wassalam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..