Friday, June 12, 2015

Suami Mu Bukan Malaikat

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Sekarang waktu rehat. Memandangkan hari ini jumaat jadi rehatnya panjang. Aku hanya duduk di pejabat. Melangut sambil buat kerja sambil berehat sambil berblog. Tidaklah baik bebenor waktu kerja pun ko nak buat kerja. Alahai...Yang penting niat jangan terpesong.

Seperti biasa aku akan singgah blog kegemaran untuk dibaca. Aku tak tahu kenapa aku tertarik dengan penulisan Kak Aina. Kadang bila baca apa yang disampaikan olehnya terasa diri ini insaf dari pelbagai sudut.

Sebelum aku kongsikan mengenai entri beliau yang bertajuk 'Suami Mu Bukan Malaikat' mari aku titipkan serba sedikit pendapat atau pandangan daripada aku yang tak bertauliah ni. Hehehe...

Apa yang disampaikan oleh Kak Aina aku setuju 100%. Dalam berumahtangga ni suami isteri kenalah saling menjaga ikatan tersebut sebaik mungkin. Adakalanya hal kecil boleh menjadi besar jika tidak dibendung dari awal. 

Kadang hal orang luar boleh menyebabkan suami isteri bergaduh. Memang tak patutlah kan. Kenapa kita nak bergaduh hal orang luar. Patutnya kitalah yang kena pertahankan rumahtangga kita sendiri. Suami kena tahu apa yang isteri suka dan tak suka begitu juga sebaliknya. Barulah aman dan harmoni rumahtangga.

Okeylah, mari kita baca apa yang Kak Aina tulis di blognya. Aku kongsikan di sini dan telah mendapat keizinan daripada beliau.


Dipetik dari blog Kak Aina Emir

Okeylah, berbalik pada judul entri saya ni. Bila kita sudah berkeluarga, biarlah kita dahulukan keluarga kita dalam apa jua halnya, termasuklah masa untuk ibu bapa kita. Jangan bila dah kahwin, kita masih terasa seperti orang bujang, asyik nak melepak sahaja dengan teman-teman.

Banyak lelaki yang tetap setia berkawan rapat walaupun dah ada anak isteri. Mereka lagi seronok melepak dengan teman-teman. Biasanya, kalau melepak dengan teman, tidaklah melepak di masjid! Lepak di kedai kopi atau kedai makan. Lepak di kelab. Tengok wayang dan macam-macam. Memang tak ada hasilnya!


Begitu juga bagi mereka yang dah dapat kawan baru. Kadang-kadang tu, masa kerja jumpa kawan baru. Mulalah melepak pula dengan kawan-kawan baru. Ada tu rajin pergi lunch sama-sama. Lepas tu mulalah melepak lepas time kerja. Lepas tu lepak pula malam-malam. Ada-ada sahaja alasan untuk berkumpul dan berjumpa. Ada tu, dengan cara menipu isteri. Konon-konon ada kerja, tetapi rupa-rupanya melepak dengan teman.


Tapi penyakitnya, yang mula-mula ini akan melarat. Pada mula-mulanya tak ada maksiat. Tapi lama-lama... akan berubah. Kalau mula-mula sekadar dengan teman lelaki, tetapi lama-lama dah mula libatkan perempuan pula. Kalau seorang dah mulakan, yang lain akan mengikut. Mulalah ke sana sini ajak awek-awek makan sekali. Sana sini ada sahaja perempuan yang tak kisah pun kalau diajak makan sekali dengan lelaki-lelaki suami orang ni. Tak kisahlah yang belum kahwin ke, yang janda ke, yang isteri orang ke. Kalau ada lelaki yang mula nak menggatal, memang ramai perempuan yang macam tu, tunggu sama. Maka, perkara yang mula-mula tadi nampak macam okey, lama-lama akan berubah jadi tak okey. Malah, maksiat pasti menunggu.


Nanti... akan ada pula episod pergi ke hotel bajet lepas time office atau time makan tengah hari. Maka masuklah bab 'berzina'. Memang Iblis suka macam ni. Inilah yang dibisikkan Iblis di telinga mereka yang sesat jalan.


Sangat senang untuk dekatkan diri dengan maksiat. Malah, sekalipun berkawan dengan lelaki yang konon-kononnya 'religious', Iblis tetap datang untuk merasuk diri kita yang suka 'berseronok' lebih daripada hal lain.


Masa dengan keluarga itu sangat penting. Kalau kita ketepikan, maka diri kita mudah tergoda dengan maksiat, kerana itu adalah perancangan syaitan buat manusia yang semestinya bukan malaikat! Suami kita bukan malaikat... jadi... jangan biarkan mereka abaikan masa keluarga.


Kalau keluarga diutamakan, insyaa-Allah, Allah akan berikan ganjaran baik dunia akhirat.

Wassalam.


Salam pena,



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..