Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Salam Ramadhan. Semoga semuanya baik-baik aje. Alhamdulillah selesai puasa pertama tadi. Awal Ramadhan negeri Melaka cuti umum. Jadi hari ini bersantai di rumah aje sambil mengemas rumah. Dapatlah vakum dan mop rumah. Masuk area dining aku surrender. Hahaha...Terbongkang kejap depan tv. Sudahnya asben sambung amik alih. Dari bilik ke dapur.
Dalam pada terbongkang terus terlelap kejap. Huh! Kemudian terus bangun solat dan dalam jam empat petang masuk dapur. Nak masaklah kan. Bahan-bahan masak dah keluar awal. Asben suruh masak awal sebab nak ajak pergi bazaar ramadhan. Baiklah...
Jadi untuk menu berbuka tadi aku masak ringkas aje. Dua lauk aje. Tak boleh lebih-lebih sebab yang makan berempat aje. Aku masak sup tulang dan sambal telur. Kononnya nak ke bazaar nak carilah murtabak tapi semua tak menyelerakan. Akhirnya beli sebungkus air katira je.
Sup tulang permintaan asben yang dimasak penuh kasih sayang. Tulang ni beli masa minggu lepas bawa mak ayah aku jalan kat Mydin. Asben yang beli.
Sambal telur. Kat rumah sambal kena ada. Tak ada pedas asben aku tak lalu makan. Gitulah kekdahnya. Itu sahaja menu iftar untuk satu ramadhan. Berselera berbuka dengan yang tersayang. Esok cadangnya mahu berbuka di rumak mak mertua. Lusa berbuka di rumah mak aku pula. Dah susun atur jadual untuk kami berbuka. Itu sahaja perkongsiannya untuk ramadhan pertama kami. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
sedapppp:)
ReplyDeletedapat gak akak idea buat sup tulang..kena sambal kicap..mesti sedapkan
ReplyDelete