Thursday, May 7, 2015

Hanya Tersisa Sebuah Penyesalan

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Hari ini keluar rumah lambat jadinya sampai pejabat pun lambat. Sepuluh minit lambat. Merahlah nampaknya. Keluar lambat dalam 7.10 pagi tadi jalan depan sekolah dah sesak. Stress! Nak cakar dinding tak ada pulak sebab dalam kereta kan. Hahaha...Ok tak lawak. ^____^

Nasiblah setiap pagi memandu ke kerja sambil ditemani team Johara Pagi Era. Terhiburlah sikit hati dan hilanglah stress. Pagi-pagi dah stress kan. Kebelakangan ni memang cepat tertekan. Faktor umurkah atau faktor hormon berubah? Hehehehe...

Penyesalan...Semua orang pasti pernah mengalami penyesalan. Penyesalan tidak mampu mengubah apa-apa tetapi kita boleh mengubah diri kita menjadi yang lebih baik. Namun penyesalan itu haruslah disusuli dengan tindakan sama. Jangan hanya mengungkap kata-kata menyesal namun tidak berubah apa-apa pun.

Andai diri kita pernah tersasar di suatu masa dulu dan kita menyesal akan perbuatan itu bertindaklah untuk mengubahnya. Didik hati kita untuk menjadi orang yang baik-baik. Itu sahaja serba sedikit tentang sebuah penyesalan.

Aku? Aku pernah menyesal jugak. Tentang apa? Menyesal sebab dulu tak belajar rajin-rajin. Pemalas! Belajar pun setakat diploma yang tak digunakan pun. Ada tersimpan sijil tu dalam fail. Sadis tak? Tapi apa boleh buat. Cuma sekarang nak pastikan agar anak-anak tidak mengikut jejak langkahku. Oklah, itu sahaja yang mampu aku katakan. Dah fefeeling sedih ni. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..