Selamat tengahari semua. Sudah waktu rehat. Hari ini mata tak berapa memberat. Masih lagi bertahan. Boleh blogwalking sampai terjumpa artikel ini. Ini patut aku jadikan tips sebab terkadang aku terjerit pada anak-anak bila kemarahan itu menguasai diri.
Tak bagus ye sebenarnya. Kadang dapat juga mengawal tapi bila penat sudah mengatasi segalanya memang tidak dapat dielakkan. Jadi patut dielakkan kelakuan ini pada anak-anak. Mak pun manusia jugak kan yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Jadi sama-sama kita mengawal diri dalam mendidik anak-anak kita.
Ramai ibu bapa terpaksa menjerit untuk menarik perhatian
anak-anak yang degil. Semakin anda menjerit, semakin kurang perhatian
yang diberi oleh anak-anak. Ikuti lima teknik mudah anak mendengar kata
tanpa perlu meninggikan suara.
1. Bagi amaran.
Anak-anak lebih takut apabila anda memberi amaran kerana mereka takut mereka tidak dapat apa yang mereka mahu. Sebagai contoh, selagi anak anda tidak mengemas barang-barang permainan, selagi itu mereka tidak boleh bermain di bermain basikal di taman.

2.Sentiasa bertenang.
Hati ibu bapa mana yang tidak 'panas' apabila melihat makanan bersepah
di ruang tamu gara-gara sikap anak yang gemar makan di depan tv. Teknik
terbaik sebelum anda mahu menjerit adalah dengan bertenang sambil
melihat anak-anak yang kian membesar dan semestinya sikap mereka hanya
boleh dilihat ketika mereka masih kecil.
3. Ingat peranan anda.
Apabila anda memilih untuk menjerit pada anak anda, sebenarnya anda telah merendahkan peranan anda sebagai ibu. Anda tidak boleh menuntut penghormatan daripada anak anda dengan menjerit sebaliknya anda perlu ingat peranan anda sebagai ibu adalah menunjukkan moral yang baik. Bercakap perlahan dan kawal dengan tenang menunjukkan anda ibu yang bijak.

4. Jadi lebih rapat.
Anda menjerit dari tingkat atas atau dari dapur, namun anak-anak tetap mengabaikan anda. Ramai ibu bapa bertindak demikian kerana sudah memanggil anak-anak banyak kali tapi tidak didengari. Cara terbaik adalah pergi ke arah anak, tarik perhatiannya, lakukan 'eye contact' dan bercakap perlahan dengannya.

5. Bayangkan anda mempunyai tetamu.
Kawal kemarahan dan rasa mahu menjerit dengan membayangkan jeritan anda mungkin akan didengari oleh jiran atau tetamu di dalam rumah anda. Membayangkan anda mempunyai tetamu membuatkan anda menolak untuk menjerit kerana memalukan anda sekeluarga.
Namun ada ibu bapa memang terpaksa memanggil anak berulang kali sambil menjerit kerana sikap anak yang sukar memberi kerjasama apabila dipanggil. Sebenarnya menjerit bukanlah jalan penyelesaian kerana sikap anda akan dijadikan contoh buat mereka kelak sama ada bersama adik-beradik atau rakan-rakan di sekolah. Jika anda tidak mahu anak-anak anda menjerit sesama sendiri, anda sendiri perlu datang dan bercakap perlahan di depan mereka.

Sumber : http://mingguanwanita.karangkraf.com
Salam pena,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..