Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat petang semua. Kembali menulis di sini. Hari ini waktu rehatnya panjang namun begitu aku tidak ke mana-mana. Hanya bersantai-santai di pejabat dan dapatlah melelapkan mata sebarang dua.
Menunggu jam 12.15 tadi, mata bagai digam-gam. Sebaik sahaja masuk waktu rehat aku terus sahaja merebahkan kepala di atas meja. Sakit jugak tengkuk dibuatnya tidur begitu. Boleh dapat bayangkan tak keadaannya. Dalam pada sakit tengkuk lena juga tidur tadi. Hehehe...Asalkan bahagia dan tidak mengacau orang itu sudah cukup baik kan.
Bahagia? Pasti semua orang ingin hidup bahagia. Siapa yang tidak mahu bahagia bukan? Bahagia atau tidak bukan orang lain menyukat tetapi diri kita sendiri. Tanyalah pada diri kita sendiri sama ada kita bahagia atau pun tidak.
Hidup ini tak pernah sempurna, kita bukannya perfect 10. Mesti ada kekurangan di sana sini. Itu memang biasa. Sudah nama pun manusia kan.
Namun jangan pula mencari kebahagiaan untuk diri sendiri dengan memusnahkan kebahagiaan orang lain. Hidup bahagia atas air mata orang lain, kelak diri kita akan menangis. Cepat dan lambat saja masa menentukan. Jika kamu tidak boleh menjadi PENSIL untuk menulis kebahagiaan seseorang, jadilah PENGHAPUS untuk menghilangkan kesedihannya.
Akhir sekali semoga kita mendapat kebahagiaan yang hakiki, kebahagiaan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Amin. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..