Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat tengahari semua. Lagi satu jam mahu makan tengahari. Ini entri auto publish ye. Gigih aku menaip entri ini malam ini. Sudah agak lama tertangguh jadi nak tak nak kena juga tulis entri ini. Kalau lama sangat terperam risau memang takkan menyusul lah entri ini. Kena titipkan juga di blog sebagai kenangan buat aku dan keluarga.
Marilah aku sambungkan kisah kenduri dan majlis hari lahir yang diadakan pada cuti tahun baru cina tempoh hari. Kesinambungan daripada entri INI.
Orang surau datang usai solat Asar. Tak ramai orang surau yang ada memandangkan hari tu hari cuti. Ramai yang balik kampung. Mana yang ada janji apa yang dirancangkan masih berjalan tanpa sebarang masalah.
Kerja kita orang kat belakang, bergambar tak sudah-sudah. Sebelum tetamu yang lain tiba, kena bergambar. Buat kenangan bersama mak-mak. Yang duduk aku dan kakak sepupu. Yang duduk atas kerusi tu mak masing-masing. Terselit pulak si Nayli ni.
Selesai baca doa, jemput orang surau makan.
Sambil tu aku siap-siap untuk majlis potong kek.
Para tetamu ada yang sudah tiba.
Empat orang kanak-kanak yang diraikan. Dari kanan Adriana (7 thn), Alya (6 thn), Nayli (3 thn) dan Ammar (4 thn).
Kemudian aku panggil penyanyi-penyanyi jemputan. Siapa lagi kalau bukan anak-anak buah aku. Hah, dia orang aje yang boleh diharapkan.
Semua nyanyi ye. Yang berdiri kat beranda tu officemate aku.
Selesai menyanyi, potonglah kek. Adriana dengan Alya.
Ammar dan Nayli. Nenek tolong potongkan.
Kemudian semua tetamu dijemput makan.
Mereka yang banyak menolong menjayakan majlis.
Jemputlah makan.
Waktu ni tetamu tak putus-putus yang datang. Memang tak menang tangan.
Yang jubah hitam biras aku. Dia pun banyak tolong aku.
Antara tetamu-tetamu yang hadir.
Candy booth memang menjadi tumpuan kanak-kanak.
Wajah-wajah kesayangan aku.
Sudut ini semua rakan sekerja aku. Tak cukup tempat, kat khemah pun dah penuh.
Dari sisi sebelah sini pulak aku amik.
Minah ni sampai lambat sikit. Minah! Kalau dia baca mesti marah. Hikhikhik...
Ini sedara-mara aku. Bersongkok putih tu ayah aku. Sejak sakit dah 6 bulan ayah aku tak menjejakkan kaki ke rumah aku.
Sebelah sana kawan-kawan aku.
Ini orang taman dan juga kawan pejabat. Kalau ikutkan ramai juga kawan pejabat yang setaman dengan aku. Itu sahaja ceritanya. Tetamu datang hingga ke malam. Bila tetamu pulang, kami pun berkemas-kemas. Walaupun penat tetapi aku rasa sangat seronok. Sekurang-kurangnya salah satu hajat aku telah pun terlaksana untuk tahun ini. Panjang umur dan jika ada rezeki, bolehlah buat lagi.
Sekian sahaja kisah kenduri kesyukuran keluarga aku dan maka dengan ini tamatlah ceritanya. Berjaya juga tulis entri ini walaupun macam-macam halangan. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
tinggi alya.. lebih besar dari nana...
ReplyDelete