Wednesday, March 25, 2015

~Kursus Di Hotel Seri Malaysia~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Bila sudah menjelang ke petang barulah dapat meninjau sebentar blog ini. Mahu update entri ini memang sudah banyak kali tertangguh. Ingat waktu lunch tadi naklah menaip entri ini tapi sudahnya aku tidur. Mata sudah kuyu layu penangan makan nasi lemak. Memang sudah tidak boleh dibuka. Letak batang amncis pun boleh patah. Uhuks...Auta sangat.

Dua minggu yang lepas aku menghadiri kursus di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh. Alahaiiii...Dekat sangat dengan rumah. Aku drive sendiri ok. Nada berlagak sangat. Agak lama juga aku tak pergi kursus yang bermalam. Asben kata tidur aje kat sana.

Pakej 3 hari 2 malam di sini. Daftar masuk dalam pukul 2 petang. Dapat kunci bilik hantar beg baju dulu. Kemudian baru ke dewan sebab dalam jadual mula 2.30 petang.

Kursus Profesionalisme Pembantu Tadbir.

Lepas daftar dapatlah fail dan buku nota.

Program sudah bermula yang dikendalikan oleh Puan Eja. Penceramah luar yang dijemput. Memang best penceramah ni. Dengan gayanya dan kesungguhan dia menyampaikan ceramahnya sangat memukau. Sebelum mula mesti kena nyanyi ramai-ramai dulu. Puan Eja pasang lagu best-best.

Waktu ni kumpulan aku buat persembahan di hadapan. Kena lakonkan cara untuk melayan pelanggan di kaunter.


Aku yang bertudung coklat. Puan Eja yang pakai kot kuning. Aku dengar umurnya sudah 50 tahun tetapi gayanya tidak menunjukkan umur sebenarnya. Nampak sangat muda.

Esoknya sebelah pagi sarapan gaya di hotel lah kan.

Ini waktu makan tengahari.

Sambung sebelah petang dengan pelbagai aktiviti berkumpulan yang tak putus-putus. Tak sempat nak menguap pun. Huhuhu...

Makan malam.

Aku pun mahu bergambar dengan yang lain.

Hari akhirnya sebelah pagi ada senaman. Bersungguhlah pakai baju sukan.

Selesai bersenam sambung dengan aktivitiberkumpulan yang lain.

Aktiviti ni yang paling aku suka. Break Clap. Seronok sangat!

Kumpulan aku dapat tempat kedua.

Ahli kumpulan aku.

Candid bersama kumpulan lagi.

Sebelum pulang bergambar beramai-ramai.

Candid lagi. Maka dengan itu tamatlah pakej tiga hari dua malam aku berkursus di Hotel Seri Malaysia. Memang menyeronokkan. Kalau ada lagi kursus ni memang nak pergi lagi. InsyaAllah. Itu sahaja entri petang ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Monday, March 23, 2015

~Titipan Isnin~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Baru berkesempatan mahu menitip sesuatu di sini. Tengahari tadi waktu rehat aku membawa diri ke surau. Mulanya saja nak lelap mata kat tempat duduk tetapi kepala sakit pula letak atas meja. Jadi aku terus baring kat surau.

Catatan pertama untuk hari ini, anak-anak sudah mula bersekolah. Kembali kepada rutin harian. Menjadi tarzan jadian di waktu pagi serta menjadi pelari di dalam rumah. Pelari sangatlah kan.

Catatan kedua, hari ini sudah mula berpuasa. Menggantikan puasa sebab bulan Jun kita dah nak sambut Ramadhan. Jadi memang sudah tidak boleh ditangguhkan lagi. Harus mula sekarang. Nanti dah dekat-dekat barulah terhegeh-hegeh nak menggantikan puasa.

Catatan ketiga, kata-kata di atas adalah penangan daripada drama yang disiarkan malam tadi. Drama lakonan Fizo Omar dengan Diana Danielle bertajuk TALAK. Siapa yang tengok drama tu semalam. Memang emosi dan menyirap-nyirap tengok lakonan Fizo Omar. Sendiri tak percayakan isteri dan sendiri tidak boleh dipercayai. Dia umpama ketam. Ajar isteri jalan tegak tapi dia sendiri jalan senget. Huh! Emo betul aku kalau menonton drama sebegini. Akhirnya talak itu memakan diri. Hati-hati ye semua. Ada pengajaran dalam drama tersebut.

Itu sahaja titipan untuk hari ini. Perlu ringkaskan sahaja entri ini sebab lagi beberapa minit mahu pulang. Dalam fikiran sudah terfikir mahu berbuka apa. Asben aku request mahu makan nasi lemak. Baik bang!!!!!!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Sunday, March 22, 2015

~Bersantai Di Corm Kafe & Distro~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat malam semua. Baru sempat mahu menitip sesuatu di blog ini. Semalam sibuk. Kami sekeluarga pergi berkelah di Sagil. Cerita berkenaan Sagil akan diceritakan kemudian.

Balik dari Sagil, asben ajak singgah makan. Asben ajak makan di sebuah kedai di Jasin. Berdekatan Mydin Jasin. Kami sampai dalam pukul 4 petang. Rupanya kafe tu buka jam 5 petang. Kafe ni kawan asben yang rekemen. Katanya sedap.


Kafe ni di tingkat atas kedai Anakku.


Bila papan hitam sudah diletakkan di bawah maknanya kafe sudah dibuka.


Suasana dalam kafe ni. Dekonya memang tip top.


Menu diberi setelah kita orang ambil tempat.


Meja makan yang ada.


Adriana tersenyum riang.


Di suatu sudut di dalam kafe tersebut.


Hah air untuk kita orang. Dari kiri pink guava, mocca expresso dan green apple. Order tiga aje sebab nana selalu tak habis.


Pasta untuk kami. Memang sedap sangat! Licin ye kita orang makan. Nana pun nampak suka.


Cheesecake pun sedap. Memang tak puas makan. Pertama kali ingat nak mencuba aje dulu. Nanti boleh datang lagi.


Sebelum pulang suruh anak-anak bergambar.

Secara keseluruhannya, makanannya memang sedap dan terbaik. Aku rekemen korang yang tinggal di Melaka bolehlah mencubanya. Kafe ditutup setiap hari Rabu. Boleh tengok di IG mereka @cormisme. Selamat mencuba. Lain orang lain citarasanya. Tekak aku memang rasa sedap aje.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

Friday, March 20, 2015

~Jauh Sudah~



Lirik Lagu Jauh Sudah : Azizi AF

Ya Allah, lindungilah diriku
Jauhi aku dari kesesatan
Aku tidak mahu hanyut
Ya Allah, aku tidak mahu
Ya Allah, ampunilah aku

Jauh sudah aku melangkah kaki
Menuju jalan ujian dariMu
Melepaskan semua yang ada
Yang diberikan padaku

Kau berikan aku sakit tak menentu
Tiada yang tahu tiada yang mengerti
Apa yang ku rasa
Hanyalah sekasih cinta Kau padaku

Ya Allah lindungilah hidupku
Aku tidak mahu untuk hanyut sekali lagi
Jauhi aku dari kesesatan
Saat aku habiskan masa masa duniaMu

Kau berikan aku sakit tak menentu
Tiada yang tahu tiada yang mengerti
Apa yang ku rasa
Hanyalah sekasih cinta Kau padaku

Ya Allah lindungilah hidupku
Aku tidak mahu untuk hanyut sekali lagi
Jauhi aku dari kesesatan
Saat aku habiskan masa masa duniaMu

Ya Allah lindungilah hidupku
Aku tidak mahu untuk hanyut sekali lagi
Jauhi aku dari kesesatan

Salam pena,



Wednesday, March 18, 2015

~Majlis Resepsi Perkahwinan Sepupu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan selamat pagi. Bismillah.

Entri pertama untuk hari ini setelah seminggu tiada cerita. Mendiamkan diri daripada menulis. Rehat katanya. Mencari idea untuk sesuatu tetapi masih lagi tersekat-sekat. Belum dapat diluahkan sepenuhnya. Marilah aku ceritakan kisah dua minggu yang lalu.

Majlis resepsi sepupu aku yang diadakan di Dewan Stadium Krubong. Seperti biasa sudah berjanji dengan kakak sepupu aku. Aku pergi bertiga aje, asben, aku dan ammar. Nana tidur rumah nenek sebab masa tu sebelah rumah mak aku pun ada kenduri. Marilah kita tengok gambar-gambar yang sudah agak basi.

Sekitar majlis resepsi berlangsung.

Bertiga aje masa tu. Tak cukup korum! Kurang happening sebab dua lagi anak dara Amirah dan Adibah tidak pulang. Masing-masing berada di perantauan. Hehehe...

Aku dan kak Wati, cousin aku.

Pengantin perempuan tu sepupu aku.

Nak juga fefeling bergambar depan pintu gerbang ni.

Dari kiri bibik aku (makcik), aku dan sepupu (anak bibik di sebelah kiri). Faham kan penyampaian aku.

Kak wati bersama makcik-makcik.

 Kak wati bersama anak bongsunya, Afiqah.

Sebelum pulang bergambar lagi di luar dewan. Selagi tak masuk dalam kereta. Masing-masing berangan bergambar dengan kereta idaman. Angan itu percuma kan. Huhuhu..Okeylah, itu sahaja entri untuk pagi ini. Sambung lagi nanti.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Tuesday, March 17, 2015

~Aku Cuba Untuk Kembali~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Aku cuba untuk kembali ke dunia laman sosial ini. Seminggu juga aku meninggalkan dunia penulisan blog ini. Sudah beberapa hari juga aku meninggalkan laman sosial yang lain. Bukan menganaktirikan laman sosail ini tapi mungkin juga sebab kekangan masa yang melampau-lampau atau sebab faktor umur yang semakin tua. Hehehe...

Ini semua alasan-alasan sendiri yang menyebabkan aku tidak menitipkan sebarang entri di sini. Walhal banyak cerita yang mahu dititipkan sebagai kenangan. 

Rindu membuak-buak bersarang dalam diri. Warming up dulu dengan entri ini. Nantikan entri-entri yang akan menyusul. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Monday, March 9, 2015

~Mengenang MH370~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat malam semua. Baru berkesempatan mencoretkan sesuatu di sini. Hujung minggu sibuk meluangkan masa bersama insan-insan tersayang. Jadi terpaksalah ketepikan sebentar dunia blog ini. Ini pun update guna telefon bimbit aje.

Hari ini 8 Mac 2015 genap setahun tragedi MH370. Berdoalah untuk mereka.



Berlalu awan langit nan suram
Membawaku cahaya baru
Hari semalam ku lepaskan
Esok hari bawa harapan
Teruskan

Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari-hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Wowowo percayalah
Wowowo selamanya

Hentikan semua air mata
Tuhan sentiasa bersama
Segalanya akan berlalu
Pulang aku pasti padaMu
Yang Satu

Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari-hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Wowowo percayalah
Wowowo selamanya

Wowowo percayalah
Wowowo selamanya

Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari-hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Wowowo percayalah
Wowowo selamanya

Wowowo percayalah
Wowowo selamanya

Ku takkan biar kau sendiri

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semasa menonton berita tadi, air mata bergenang bila wartawan temubual keluarga mangsa.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda

posted from Bloggeroid

Friday, March 6, 2015

~Cerpen Setulus Kasih Di Majalah Mingguan Wanita~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Tengahari ini rehatnya panjang tetapi aku tidak ke mana-mana. Berbual dengan Mira Mokhtar sambil bergelak tawa bagaikan setahun tidak ketemu. Cerita kisah dulu-dulu hingga mencetuskan gelak tawa antara kami berdua. Bila diingatkan balik kisah dulu-dulu tu memang kelakar. Dalam pada kami bercerita ada juga kami selitkan cerita-cerita lain.

Okeylah, berbalik kepada tajuk di atas. Aku sudah dimaklumkan melalui emel bahawa cerpen aku akan tersiar dalam Majalah Mingguan Wanita. Hati bergolak riang tatkala mendapat kiriman emel tersebut. Penulis picisan macam aku ni dapat emel begitu memang keterujaannya melampaui batas. Hahaha...

Beberapa kali aku ulang baca emel tersebut. Antara percaya atau tidak. Itu adalah cerpen pertama yang aku tulis yang aku dapat ilhamnya semasa aku adakan kejutan hari lahir buat suami pada suatu ketika dulu. 

Alhamdulillah, cerpen itu telah pun tersiar di dalam Majalah Mingguan Wanita Bil 1633. Majalah tersebut sudah pun berada di pasaran. Pembuka Mac yang manis buat diriku.

Ini covernya.

Inilah yang dinanti-nanti. Terima kasih pada pihak Mingguan Wanita yang sudi memberi peluang menyiarkan nukilan aku yang tidak seberapa ini. Pada sesiapa yang ingin membaca nukilanku bolehlah dapat Mingguan Wanita.

Terima kasih pada insan-insan tersayang yang sentiasa memberi semangat untuk aku terus menulis. Semoga ada ruang untuk aku terus berkarya. Semoga dipermudahkan. 2015 suatu permulaan yang manis. Di sebalik kedukaan pasti akan hadir kegembiraan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,