Monday, January 12, 2015

~Kembali Ke Sekolah : 10 Tips Untuk Ibu Bapa~

Teks : Website 
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Hari ini anak-anak kita sudah kembali ke sekolah. Bagi yang sudah ke sekolah pasti tidak sabar untuk bertemu dengan kawan-kawan semula serta guru-guru. Tetapi masalah besar timbul untuk anak-anak kita yang baru pertama kali mahu melangkah ke alam persekolahan.

Jika anak-anak yang tidak biasa dengan keadaan persekolahan pasti ibu bapa berhadapan dengan situasi drama air mata. Jadi di sini ada beberapa tips yang ingin aku kongsikan sewaktu melayari internet tentang persekolahan.


10 Tips Untuk Ibu Bapa

Sumber untuk membantu si kecil kembali ke sekolah atau mula dengan alam persekolahan dengan pemikiran positif dan menyokong peralihan mereka dalam tahun sekolah yang baru.

1) Elak ibu menghantar anak ke sekolah
Siapa yang paling rapat dengan anak? Ayah atau ibu? Lazimnya anak susah berpisah dengan ibu. Maknanya, elakkan ibu menghantar anak ke sekolah kerana mereka akan menangis tidak mahu berpisah setelah ditinggalkan.

2) Nasihat dalam perkataan POSITIF
Elakkan memberi nasihat dalam perkataan NEGATIF contohnya 'jangan takut', 'jangan menangis', 'jangan berlari'. Perkataan 'jangan' menggambarkan sesuatu yang berlaku akan dilakukan juga.

3) Beli peralatan sekolah dengan watak KARTUN
Belikan peralatan sekolah dengan watak kartun yang diminati dan pupuk semangat untuk ke sekolah bersama dengan barang-barang milik peribadi mereka.

4) Elak ucap 'BYE-BYE'
Daripada mengucapkan BYE-BYE lebih elok menggunakan perkataan 'JUMPA LAGI'. Jadi mereka tidak merasakan diri mereka seolah-olah ditinggalkan. Apabila hendak meninggalkan anak di sekolah, beredar dengan senyap.

5) Beri kepercayaan kepada guru
Sekiranya anak menangis, mungkin mereka akan menangis antara 2 ke 3 minit atau paling lama 10 minit.Guru lebih arif bagaimana memujuk anak anda tanpa kehadiran ibu bapa.

6) Gunakan taktik carta bintang
Guru atau ibu bapa boleh sediakan carta bintang iaitu pujian dalam bentuk bertulis setelah murid atau anak berjaya buat sesuatu yang positif di bilik darjah dan semasa pembelajaran bersama kawan-kawannya.

7) Lawatan awal ke sekolah
Buat lawatan awal ke sekolah yang bakal dihuni oleh anak-anak supaya mereka terbiasa dengan suasana dan persekitaran yang baru.

8) Berkomunikasi sepanjang perjalanan ke sekolah
Banyakkan berkomunikasi sepanjang perjalanan ke sekolah dengan cerita yang seronok tentang sekolah, guru dan kawan-kawan.

9) Elakkan ganjaran berbentuk mainan
Elakkan memberi duit atau upah atau ganjaran berbentuk mainan atau apa sahaja untuk membuatkan mereka mahu berada di sekolah. Didik dengan cara motivasi dalaman iaitu suka berada di sekolah dengan rela hati kerana kawan, kerana guru, kerana suasana dan kerana suka belajar.

10) Bawa anak berjumpa atau bermain dengan kawan baru
Bawa mereka berjumpa atau bermain dengan kawan baru yang akan berada di sekolah yang sama. Ini boleh memastikan mereka tahu mereka ada kawan-kawan yang dikenali di sekolah baru.

Itu sahaja sepuluh tips yang boleh aku kongsikan untuk rujukan ibu bapa. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..