Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat petang semua. Hari ini sudah hari kedua di tahun baru. Aku kerja, tak cuti pun. Kalau boleh tahun ni nak berjimat cuti. Cuti untuk benda penting sahaja. Ini salah satu azam tahun barulah. Harap dapat bertahanlah azam aku sampai ke hujung tahun. Nak dapat baki cuti banyak sikit memandangkan tahun lepas cuti rehat aku habis digunakan.
Permulaan awal tahun ini jangan beria memasang azam sampai tengah tahun azam pun sudah semakin menghilang.Fikir yang baik-baik moga yang datang juga baik-baik sahaja.
Adakalanya kita mencari-cari perhatian manusia sehingga ada yang sanggup menjatuhkan maruah sendiri. Nauzubillah. Moga dijauhkan kita daripada sikap seperti ini. Biarlah kita tidak dihargai jangan sampai hilang harga diri. Sayangi diri kita sepenuhnya. Kalau kita tak sayangkan diri sendiri siapa lagi yang mahu menyayangi. Fikir-fikirkanlah...
Sekian dan wassalam.
Aku penulisnya,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..