Wednesday, December 31, 2014

~Kenangan Bersama Myra Mokhtar~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Empat tahun bersama dan tahun ini adalah tahun terakhir dia bekerja satu bumbung denganku. Kalau tahun lepas kami dikhabarkan tentang penamatan kontraknya tetapi kesedihan itu terubat apabila Myra Mokhtar ditawarkan penyambungan kerjanya semula.

Dengarnya untuk tahun 2015, tiada penyambungan untuk jawatannya. Pasrahlah. Tiada lagi teman bergelak tawa dan bercerita. Tinggal lah aku dengan Kak Nisah sahaja teman untuk berbicara. Harus bersyukur kerana masih punya teman baik.

Isnin lepas hari akhir buat Myra Mokhtar. Sempatlah kami berdua membuat misi-misi yang tergendala. Dapat juga bersedondon hari akhir tempoh hari. Lepas ni tak ada teman nak bercerita tentang drama-drama kegemaran dan lakon semula. Berhubung melalui telefon lain sekali rasanya. Tidak sama perasaannya dengan bertentang mata. Hah jiwang sekali! Hahaha...


Aku duduk sebab bila aku berdiri dia nampak rendah sedikit daripadaku. Maknanya aku tinggi sikitlah kan. Hehehe...Sentap cik kak tu nanti.


Hah kalau nak bergambar berdiri kena sipi-sipi begini.


Tengahari tu sempat terjah Restoran PH. Nak guna kupon yang ada.


Gaya kami memang 'peace' aje. Tak ada ke pose yang menarik selain ini?


Cuba juga tersenyum hari itu walaupun hati masing-masing dirundung kesedihan. Berpisah bukan bermaksud putus kawan. Kita masih boleh berhubung kerana kita masih lagi menjadi sahabat! Kenangan bersama tidak akan dilupakan sepanjang empat tahun bersama. 

Paling manis saat ke audition dan waktu kita berhempas pulas menulis. Rindu cerita Irsyad dan Hareth. Amira dan Insyirah. Semuanya telah berlalu. Jangan dilupakan kenangan itu. Semoga kita berjaya dengan impian masing-masing. Kau tahu impian akak dan akak tahu impian kau. InsyaAllah semoga dipermudahkan.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                         

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..