Monday, December 8, 2014

~Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Adriana~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Asben

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam pagi isnin. Semoga permulaan hari ini baik-baik sahaja. Cuti sekolah kali ini tiada perancangan bercuti ke mana-mana. Cuma ada aktiviti untuk Adriana. Aku hantar dia belajar berenang. Dekat aje pun tempat belajarnya. Dari rumah hanya lima minit gitu.

Tempat berenang itu terletak di Ozana Resort. Aku dapat info tentang kelas berenang di Ozana daripada kawan blogger aku merangkap kawan asben iaitu Aida. Setelah riki-riki, asben pun membuat keputusan untuk menghantar adriana. Sudah dua kali adriana belajar. Setakat ini memang memuaskan hati. Ramai juga tenaga pengajarnya.

Mari tengok beberapa keping gambar adriana dan sepupunya, Alya pada hari pertama mereka menghadiri kelas renang kali pertama.

 Ini antara kanak-kanak yang baru mula belajar.

 Itu dia adriana dan sepupunya, Alya. Semangat budak berdua ini.

 Permulaan Adriana berenang.

 Giliran Alya pula.

Mamat ni stress aje tengok kakak-kakak berenang. Dia nak juga berenang masa tu. Sabarlah dik. Tahun depan adik pula belajar ye. Itu sahaja aktiviti hujung minggu untuk adriana pada cuti sekolah ini. Bayarannya adalah RM80 untuk empat kali. Pada yang berminat, bolehlah layari laman web www.nsh.com.my atau hubungi 019-663418/016-666185.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                     

3 comments:

  1. belajar swimming besnya... aunti dah tua2 ni ha pun tak pndai hihi.. 2 3x en hubs trainn tak menjadi2 hehehe

    ReplyDelete
  2. good nana...
    syuhada & nurin ponteng jap kelas swimming. sebab ibu ayah nyer sibuk manjang. ada je hal sabtu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..