Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat tengahari semua. Bersambung erntri kenduri aqiqah. Kalau semalam aku cerita mengenai persiapan di pihak aku, hari ini pula entri sepanjang majlis berlangsung. Untuk makanan, biras aku tempah katering aje. Senang katanya dengan ketiadaan kakitangan. Dia pula berbadan dua. Lagilah membataskan segalanya.
Majlis bermula selepas solat zohor. Sebelum itu diadakan kenduri arwah ayah mertua. Mak mertua nak buat sekali. Panggil orang masjid taman tempat mak mertua tinggal.
Inilah menu untuk hari itu. Masakannya sedap sekali. Terbaiklah.
Ini candy booth hasil ciptaan aku dan biras.
Ini apam polkadot yang aku tempah.
Lauk dihidangkan untuk orang masjid yang berada di dalam.
Antara tetamu yang hadir. Macam kenal aje mamat yang berdiri tu. Abang jebat saya lah. :D
Para tetamu sedang menikmati makanan.
Berselfie dengan anak daraku.
Kemudian berselfie dengan dua anak dara ini. Yang itulah Farahnoor Alya. Dia dan nana memang tidak boleh terpisah. Best cousin for ever.
Sudah ke hulu ke hilir buat kerja, aku dan asben duduk di suatu sudut di luar rumah. Inilah kerjaan kita orang berdua. Anak-anak entah hilang ke mana. Dah jumpa kengkawan, mak dan pak pun tak dipandang. Itu sahaja kisahnya. Sekian dan wassalam.
Aku Penulisnya,
wow! gambo last sekali tu aida suka :)
ReplyDeletemeriahnya majlis, siap ada cndy buffet lagi.. ibu dan anak comel.. putih2 belaka
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tak pe catering. Asalkan semua berjalan lancar.
ReplyDelete